Showing posts with label Touch n Go. Show all posts
Showing posts with label Touch n Go. Show all posts

Thursday, July 30, 2020

Kisah AKU n Biz Trip @ Kedah 2.0

Assalamualaikum,

Aik, pergi sana lagi ke? Yup, betul tu. Cam siot kan dalam seminggu dua kali travel jauh. Tapi zaman dekat Quatriz pun sama je. Cuma laa ni ke Utara, hat cite lama tu ke Selatan. Okaylah, nak cerita sikit entri pasal aku ke Alor Setar buat kali kedua dalam tempoh kurang dari tiga hari ni. 
Aku bertolak dari Rawang ke Alor Setar dalam jam 8 malam ditemani seorang kawan rapat yang selalu jadi mangsa bila berjalan jauh ni. Haha. Mesti tertanya, apa benda yang urgent sangat sampai kena mai Loq Staq ni lagi. Ingat tak dalam previous entri, aku diberi tugas untuk monitor our new agent. This time diorang ada masalah yang kritikal, iaitu stok yang dah semakin berkurang ekoran dari tempat strategik yang almost everyday hit 100 fitment. Nak kurier memang tak sempat, so yang jadi pawn nya aku lah. Haha. Aku selamat tiba di homestay diorang di Alor Setar sekitar jam 1 pagi. Hantar stok, sign DO dan terus ke hotel. Barai bai..:-p
Cam kenal je brader tu? Haha, ya betul. Si Afiq ni lah yang teman aku sekali kesini since dia pun ada misi yang sama iaitu nak restock site-site FC Quatriz yang berada di Pulau Pinang. Aku pujuk dia join sekali Ahad lepas, at least jimat sikit dan dia setuju.
Menginap di hotel panel yang sama, Sentosa Regency Hotel. Receptionist tu pun tergelak bila nampak aku nak check-in..:-p
Makan malam dalam jam 3 pagi jugak malam tu. Mana taknya, time drive plan nak berhenti kat R&R Tapah. Tak jadi, pastu R&R Sungai Perak, pun tak jadi jugak sebab terlajak. Biasalah dah drive ada geng ni bersembang tak ingat jam. Last-last berhenti kat R&R Gurun around 12.30 malam, memang takde kedai bukak lah Jon. Haha
Sambung buat kerja sikit, update report dan inform team yang stock selamat delivered before masuk tidur around 4 pagi.
Pagi, bangun breakfast kat hotel. Bro ni pun cam aku jugaklah, time travel pun ada yang nak mengacau. Kami check-out dalam jam 1 petang sebab nak menunggu LOU dari Touch 'n Go. Tahulah kan, travel last minute ni macam-macam benda tak complete.
Melilau cari farmasi, nak beli temperature scanner untuk TNG Mobile Team yang bertugas di Plaza Tol Alor Setar Utara. VOC team kata lupa pulak nak provide. Risau ada spot check je, karang tak memasal kena kompaun sebab tak ikut SOP MKN.
Before keluar Alor Setar, aku bawak si Afiq ni pekena the famous Nasi Lemak Royale. Memang puas hati kata bro tu..:-)
Reach our TNG Mobile Team sekitar jam 2 petang and rearrange the booth to follow SOP MKN bagi prevention of Covid-19.
Warga Alor Setar yang ceria menunggu untuk mendapatkan tag RFID free dari TNG & PLUS. 
Biasa pergi balik dah gelap tak nampak apa, rupa-rupanya memang indah pemandangan sawah padi yang menghijau ni. Eh, sempat pulak ambil gambar?
Yelah, dah bagi brader ni drive pulak. Maklumlah, sesi petang ni untuk dia deliver stok dekat FC Quatriz pulak. So, silalah drive. Aku ni paling pantang kalau nak drive masuk Pulau ni. Ajenyer gampang driver kat sini. Haha
Crossing the bridge sekitar jam 4 petang. Last pergi Penang ni tahun lepas, dengan si Afiq ni jugaklah. Time tu nak bagi training dekat FC pasal SOP fitment baru.
3 sites nak kena distribute stock. Please be noted aku takde kena mengena dengan urusan Quatriz dengan sub-agent diorang ni. As mentioned early, kami berdua memang pergi sekali but with different mission.
Habis distribute dalam jam 5.30 petang dengan site terakhir di Jawi. Kami terus bergerak pulang menuju ke Selatan, singgah makan dan refuel di R&R Ulu Bernam dan selamat tiba di Sungai Buaya around 9.30pm. Mission Accomplished.

That's the wrap untuk 2 entri pada malam Raya ni. Esok another long haul journey, tapi tak sejauh Alor Setar lah. Nak pergi mana pulak tu bro? Balik Melaka lah beb, takkan nak beraya kat rumah je. Rare ni balik pagi raya, apa boleh buat dah sampai rumah tadi pun jam berapa. Okaylah kot, lagipun time Covid-19 ni kan new normal. So, menyambut raya pun normal baru lah.

P/S: Haha, as expected Pak Arab tak jadi beli Newcastle. Nasib baiklah aku dah kebal dari benda-benda karut camni.

Kisah AKU n Biz Trip @ Alor Setar

Assalamualaikum,

Malam ni suka aku nak berkongsi pengalaman pertama aku join business trip dekat Touch 'n Go ni. Kat mana pulak kali ni? Ya betul, ke Kedah lah kita! Hang mai Loq Staq, kepala hang aku putaq. Bhahaha
Petang Selasa yang lepas aku sempat pick up Fariq kat taska dulu sebelum bergerak ke Kedah. 
Sekitar jam 5 petang, aku memulakan perjalanan jauh ke Alor Setar. Dah lama beb tak drive long haul camni. Kalau ikut kiraan Google, perjalanan memakan masa 5 jam kalau tak stop rehat.
Around 7, aku berehat di R&R Sungai Perak. Bukan rehat makan pun, cuma baring dalam kereta. Penat hari tu, sebabnya pagi tu aku kerja cam biasa. Ada meeting, pickup tag, reader, uniform untuk vendor kami yang akan bertugas kat sana. Maklumlah, special arrangement lah katakan. Sampai R&R Gurun dalam jam 10.30 malam, makan dulu before pushing another 40km to Alor Setar.
Travelling with Touch 'n Go, aku berpeluang stay 3 malam dekat our hotel panel, Sentosa Regency Alor Star. Memang besar bilik ni. Dulu kalau travel dengan Quatriz, kena bajet-bajet sikit sebab kena upfront payment.
Keesokan paginya sekitar jam 8 pagi, aku dah tiba di site kami di BHPetrol Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Plannya jumpa dengan vendor kami disini untuk setup FC operation bagi menyokong pelaksanaan pilot program RFID di Utara.
Basically, tugas aku adalah memantau gerak kerja dan juga assist dalam hal teknikal dan business since ini merupakan tugasan pertama vendor baru kami ni.
Pemantauan juga meliputi aspek SOP MKN berkenaan garis panduan ketika Covid 19 ni.
Tapi tu lah, memang ramai orang. Dari original duty memantau, aku terpaksalah jugak roll the sleeve dan membantu sekali. Yelah, pengalaman dekat site dah ada.
First day, 50 promo tag berjaya dijual. Before balik hotel, singgah pekena Kuey Teow Bandung Loq Staq dulu.
Second day, lagi dasyhat. 120 promo tag terjual. Jumlah mendadak ni due to the removal of lorong Smartag yang membuatkan highway user terpaksa queue panjang. Tak menang tangan hari tu. Tengok queue bukan main panjang lagi kat sini.
Second day kitorang tutup operasi jam 9 malam jugak. Lepas buat scanning dan upload document singgah makan bersama since that was my last day monitor operasi Spectruck ni. Bergambar kenangan bersama team RFID Spectruck yang awesome ni. One of the best team yang aku monitor sepanjang berkecimpung dalam RFID ni. Well done guys!
Pekena the famous Nasi Lemak Royale Alor Setar.
Lepas makan, tak balik hotel pun. Aku tidur nak dekat dua jam jugak dalam kereta before meneruskan perjalanan balik ke Rawang. Haha, tak penat ke gila. Cam biasa, bila perjalanan jarak jauh ni mesti letak gambar family kat screen saver kereta. Biar beringat sikit. Huhu
Dalam jam 12 malam jugak aku gerak. Gelap bai. Nasib baiklah tak hujan.
Sampai Plaza Tol Sungai Buaya sekitar jam 5 pagi. Alhamdulillah, selamat juga sampai disini after a non-stop 5 hours drive. Memang balik je terbungkang sampailah jam 9 pagi. Huu

Jumaat tu aku kerja dari rumah cam biasa. Memang syok kerja diluar pejabat ni. Adalah freedom sikit dari terperuk dalam office. Tak nafikan, lepas aku masuk team RFID kat Quatriz dulu memang aku suka kerja-kerja outstation ni as compared to office works. Itu je cerita malam ni, ingat nak bersambung next entry tapi ada urgent hal pulak nak kena settle. So, till meet you guys ya.