Program ini bermula pada hari Jumaat bersamaan 27 April 2012, aku yang NR ini membuat keputusan untuk bergerak lebih awal ke UiTM - tumpang bilik Joe. From there, kami bergerak ke FSKM dan menunggu bas yang bakal membawa kami ke venue event ni
Bangunan ini telah melahirkan ramai pentadbir, pengurus, konsultan yang berjaya dan berkualiti di Malaysia, diharap FSPPP terus melahirkan graduan-graduan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.
Rakan seperjuangan from Pentadbiran Korporat.Kroiihh, Apai ketiduran.
Sekitar pukul 5.15, kami tiba di sebuah kawasan lapang. Dari situ, kami dibawa naik lagi keatas dengan lori.
Mesti korang semua tertanya-tanya, kat manalah sebenarnya tempat program ni berlangung. Jawapannya, Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang Darul Makmur.
Program ini mengabungkan 3 persatuan didalam FSPPP - SMF, BACASS dan CASS. Rata-rata kami disini baru nak berkenalan sebab jarang sangat jumpa kat fakulti walaupun satu program.
p/s: Deq Joe dah macam YB berjiwa rakyat..haa
Yang pakai jersi Chelsea tu namanya Idzard, boleh panggil Pok Jad. Ni classmate aku la, huu.
Selepas minum petang, kami dibawa ke asrama (Tiung Emas) - aku difahamkan yang program ini disertai seramai 66 siswa dan siswi. 19 siswa dan selebihnya siswi.
Kemas barang, masuk Dewan Sabai (DS) untuk pembahagian kumpulan. Tak tau lah kenapa mesti kalau ada program, aku tak dapat satu group dengan orang yang aku kenal. Macam biasalah , kena create nama kumpulan (Itik Tonggek) dan juga cheers. Around 10, kami dibawa oleh pihak
D.E.R untuk nightwalk, this not an ordinary night walk tapi more to jungle trekking dimalam hari. Oleh sebab C3 aku ni merupakan a part of my life - aku tak nak amik risiko, takut hilang dalam hutan. That's mean takde gambarlah. Pada pandangan aku, objektif jungle trekking ini
fokus didalam komunikasi yang efektif diantara ahli kumpulan. Sebab, pencahayaan memang kurang. Berjalan didalam hutan tanpa cahaya ibarat membunuh diri. Salah langkah - boleh tergelincr, jatuh gaung, sesat. Disini juga, satu lagi elemen didalam 5 Pillars of Atrributes - teamwork.Terputus rantaian, boleh memberi kesan yang buruk. Jika ada ahli kumpulan yang kepenatan, tunggu. Yang cedera mestilah dibantu. Keselamatan ahli diutamakan, masuk bersama - keluar pun wajib bersama.
p/s : 2 ekor pacat telah berjaya menyedut darah dalam badan aku. Terima kasih ye, sekarang ni aku still gatal-gatal lagi. Kurang asam betul.
Tamat je jungle trekking, kitorang dilepaskan. Mandi then tidur. Dalam pukul 2 pagi, tak silap aku la. Sejuk gila doe air kat sini. Rasa macam mandi dalam watercooler..huu
Pagi tu, lepas solat Subuh kami berkumpul di DS then bergerak ke Kolam Air. Disini kami direndam dan disuruh menyanyikan lagu UiTM Dihatiku. Aku dah agak, memang ramai tak hafal lagu ni. Alhamdulillah, lagu ni memang masuk dalam jiwa aku sejak minggu pertama aku di UiTM waktu asasi dulu. Bayangkan dalam kesejukan, kami membentuk rantaian bulatan, after that setiap peserta diarahkan untuk menyanyikan lagu itu. Mengikut pemerhatian, 90 % daripada peserta gagal menghafal, dan aku amat berbangga kerana inisiatif yang diambil ketika asasi memberi kelebihan dan aku berjaya menghafal kedua-dua buah lagu UiTM dengan mudah.
Selepas sesi rendaman, aktiviti EXPLORACE pulak, ada 6 checkpoint yang perlu diselesaikan dan ianya berkaitan kerjasama kumpulan (En. Aizat & En. Fauzan), keberanian (En. Amirul & En. Suhairy) , survival (Cik Hanis), kerohanian (En. Nashriq & Cik Jun), keusahawanan ( Cik Dila & En. Azhar), kreativiti (Cik Umairah & En. Ismadi). Kami berjaya menjadi grup pertama yang tiba di checkpoint terakhir.
Petang, sekali lagi ujian ketahanan mental dan ini melibatkan kerjasama diantara peserta dalam usaha menaikkan bendera Malaysia menggunakan batang paip dan tali. Disini, kami dihentam bertubi-tubi oleh fasilitator, yang paling menerima tekanan ketua dan juga 5 peserta yang membina asas untuk bendera itu. Disini aku dapat lihat - kekuatan ketua bergantung kepada sokongan orang bawahannya. Teori-teori kepimpinan : Democratic, Autocratic, Contingency, Participative semuanya digunakan. Ketua yang bertindak didalam sesuatu situasi akan cenderung menggunakan kaedah contigency, manakala yang lebih kearah keputusan mutlak akan tend to use the autocratic approach, ketua yang kearah demokrasi akan sentiasa mendengar pendapat dan menggunakan ia mengikut relevancy. Yang terakhir sekali, participative - dimana ketua menggerakkan pasukan mengikut consensus. Pada pandangan aku, apabila ramai bakal pemimpin dikumpulkan didalam situasi sebegini, masing-masing mempunyai cara tersendiri. Ada yang form satu lagi group dibawah different leader, ada pulak yang sekadar melihat , ada pulak yang menambah tekanan ketua yang asal - sepatutnya, sebagai anak buah. Sokongan yang jitu terhadap ketua, idea yang relevan, dan juga kepercayaan yang kukuh membolehkan usaha kumpulan berjaya. Gagal sekali tak bermakna, ketua itu seorang yang loser. Ramai pemimpin yang berkualiti dilahirkan melalui pembelajaran kegagalan lampau mereka.
Malam kebudayaan mengambil tempatnya pada malam kedua kami disini - setiap grup mempunyai tugas masing-masing. Group kami mendapat skop Biro Protokol. Kami bertanggungjawab didalam hiasan DS. Disini, kami didedahkan dengan Borang C. Borang ini digunakan didalam hal berkaitan aktiviti pelajar. Teringat pula yang aku sekarang ni memegang jawatan Pengarah Projek untuk Forum HPD132 dibawah payung HEP. Semememangnya aku dah familiar dengan Borang C
sejak zaman asasi lagi. Tahun lepas, aku hanya menjadi budak penghantar borang ni, tapi sekarang aku pula yang menguruskan hal-hal berkaitan borang ni. Risau jugak pasal program yang bakal berlangsung.
Apa yang membanggakan, kawan aku - Deq Joe menjadi Pengarah Program untuk Malam Kebudayaan ni. Itu yang buat aku tak sabar menunggu detik program Forum HPD132 yang menyaksikan leadership aku buat julung kalinya didalam aktiviti pengurusan program kat UiTM. Alhamdulillah, program malam kebudayaan kami berjalan dengan lancar walaupun rata-rata peserta tiada pengalaman dalam event planning.
Bergambar bersama Pengarah Program. Bangga jadi kawan kau. Bukan setakat meletup kat gelanggang badminton, kat rostrum pun sama. Huu
Minum malam. Abbas, yang posing ala model ni mengingatkan aku kat seorang kawan lama - Wan Zul yang sekarang ni kat UUM. Suara, gaya seiras.
Pagi ketiga, tak pasal jadi fitness instructor kat depan. Huu, segan tu terpaksa letak dalam poket. Lepas tu, ada satu lagi ujian keberanian - titi gantung dan juga flying fox. Alhamdulillah, semuanya selamat. Satu lagi ciri-ciri leader yang bagus - walaupun kita takut ataupun ragu-ragu, kita mesti menerapkan "can-do" attitude. Kalau kita ragu-ragu, anak buah pun turut ragu-ragu dengan kepimpinan kita. Habis je, terus ke Kolam Air, terjun dalam tu. Bapak sejuk, hipotermia aku doe.
Tengahari, dengar penerangan tentang Borang C oleh Ex Officio SMF FSPPP, Cik Hanis Liyana. Kat sini memang ngantuk tapi aku kena stay fokus sebab input yang diberikan memang sangat berguna untuk program forum aku, dan juga program yang akan datang.
Lepas Solat Zuhur, kami menaiki bas untuk pulang ke universiti tercinta. Unlike waktu KEBINA 1, cuaca memang panas. Buat aku pening kepala.
Diorang ni balik Perindu je.
Haa, yang ni nak kena travel jauh sikit. Maklumlah, budak NR.
Room Sweet Room. Sampai je rumah, basuh baju dalam machine - minum air sejuk banyak gila sampai kembung then tidur.
Kitorang Tunas SMF dapat dua sijil, first untuk program VCSP Grooming LCCTET Expectation Event (GLEE) 1.0 dan juga FSPPP Apprentice Teambuilding.
Akhir kata, program ni sangat best walaupun terpaksa mengorbankan setengah cuti mid sem kami, assignment yang bertimbun perlulah dibuat dengan kadar segera, ditambah dengan projek Forum yang memerlukan pemerhatian dan juga perlaksanaan yang bagus. Terima kasih untuk fasilitator yang memberi tunjuk ajar dan menurunkan lmu kepada kami. Saya berjanji, terpilih atau tidak sebagai SMF - saya akan berusaha menaikkan nama fakulti bukan sahaja didalam UiTM, malah di arena antarabangsa.
No comments:
Post a Comment