Sunday, April 15, 2012

Kisah AKU n Sepetang Bersama Family

Assalamualaikum semua, hari ni memang bernasib baik sangat takde modul and tak ditugaskan oleh SMF untuk jaga modul 3 dan 4. Hari yang baik ni memang aku gunakan sepenuhnya untuk berehat, as well as to recover from minggu yang memenatkan. So, no books, no notes - berhibernasi sepanjang hari, main game and then sambung tidur sampailah dapat message from Along:

"Kitorang dah sampai Guthrie ni, cepat siap.."

Huu..mereka datang. Tak sabar rasanya nak jumpa family tercinta tapi aku difahamkan adik tak dapat datang sebab tak boleh balik.

Sampai je, tukar cadar cam biasa. Cadar baru, hii..simpan stok makanan semua then bertolak ke Plaza Alam Sentral. Ayah nak belanja, kata mak la.

Disebabkan aku tak makan sepanjang hari ni, kitorang singgah makan kat "MR TEPPANYAKI" dulu. Lapar gila, kelahapan terserlah.
Mak ayah tercinta. 

                                 

Cik Darina ni balik Rawang semalam, sebab Melaka ada cuti peristiwa hari Isnin depan. So, dia ni boleh lah balik hari Selasa. Seronok lah dapat stay kat rumah, aku dah nak dekat 2 bulan tak balik.

Lepas makan, solat Maghrib then shopping time! Sori, takde gambar :-P

Ayah cakap seluar aku dah uzur betul, sejak zaman asasi lagi. So, beliau pun bermurah hati sponsor tadi untuk barang-barang kat atas ni. Eh, betul-betul nak belanja la. Kata mak, EPF ayah dah dapat. Patutlah, tapi aku segan la nak mintak banyak-banyak sebab ada benda lagi yang tak beli ni..

Tadaa!! Dulu tengok je budak-budak tu beli. Sekarang ni aku bawak banker sekali, haa..Mula-mula my dad offer beli kat Al-Ikhsan. Erm, takpela ayah - abang bukan cam adik...huu, sempat lagi condemn anak kesayangan dia tu..ngeh2x. Lagipun, aku memang dah aim hari tu nak beli barang-barang from Yonex ni - baju, shorts, and kasut baru, yang lama dah terkoyak2 kat depan. Agresif sangat main.Haa

Terima kasih ayah!! Tapi aku agak tersentuh bila mak cerita yang ayah pernah mengeluh pasal aku. Kata mak, ayah pernah cakap

"Mana lah abang ni, tak balik rumah - dah lama dia tak balik"

Aku ada cakap yang aku busy kat mak hari tu. Tambah mak lagi dari ayah

"Kalau sekarang dah nampak, macam mana lah bila abang tu dah ada family, dah kerja nanti - sampai kita sakit kat sini, dia biar je."

Bila aku dengar je dari mulut mak, aku dapat rasakan yang aku ni terlampau mengejar cita-cita sampai terlupa mak ayah kat sana. Betul cakap Mujahid, benda tak penting aku fikir serius. Contohnya, classmate tak datang kelas, diorang tak bayar yuran, attitud diorang. Tapi, benda yang sangat penting macam keluarga, aku selalu 'tertolak' tepi. Apalah pentingnya classmate aku tu dibandingkan dengan keluarga tersayang, diorang tu bukan siapa-siapa pun buat aku, cuma tanggungjawab sementara. Keluarga aku itu tanggungjawab sebenar. Aku berjanji, classmate tu aku boleh tolak tepi sebab aku tau, walaupun setakat ni agak banyak yang telah aku lakukan untuk diorang, hanya segelintir yang betul-betul memahami.

Sebagai penutup, ingat tanggungjawab kita sebagai anak. Walaupun sibuk mana kita dengan kerjaya, ingat tanpa mereka. Dimana kita sekarang?

No comments:

Post a Comment