Tepat pukul 9.30 malam semalam, minggu busy ni berjaya ditamatkan. Minggu dimana aku diuji dengan tiga midterm test, dimulai dengan ADS404 (Public Admin) pada Selasa. And yang paling gila semalam - dua midterm test dalam satu hari - ADS460 (Management Principles) dan juga ADS465(Industrial Relations).
Kronologi semalam - gerak ke FSPPP seawal 8.00 pagi, arahan from Sir Umar tolong amikkan laptop untuk beliau. Pukul 10, ADS460 start and habis pukul 12. Balik rumah, solat Jumaat then pergi balik FSPPP, ada kelas ganti QMT412 - dimanakah perempuan? ada 3 orang je. Habis pukul 5 hantar LCD semua, solat Asar then bergegas ke FKM, attend HPD132 (Pemikiran Pemimpin) pulak - kejutan, ada test mengejut. Mematikan hasrat aku untuk buat quick revision Industrial Relations. Waktu ni aku rasa cam takde harapan even nak lulus midterm - disaat itu minda jahat mula berfikir - tiru or die. Tak nak!! aku takkan lakukan kerja tak beretika ni. Habis je HPD132, ada standing meeting dengan EXCO untuk Forum, terlupa pulak tugas aku sebagai Pengarah Projek. Lepas tu, dengan pantas memecut ke FSPPP buat kali ketiga, solat Maghrib and bersedia menjawab mid term test penutup minggu ni.
Alhamdulillah, aku berjaya melakukan ketiga-tiga mid term test ni dengan beretika. Disaat beberapa orang rakan kecundang dengan nafsu - meniru. Pelbagai cara, yang ada henset canggih, boleh save pdf and pptx file. Then, curi-curi tengok. Yang lagi dasyhat - letak notes bawah meja, bila lecturer kat depan semua kepala kebawah. Lagi teruk, kalau dah huru-hara sangat sampai buku yang tebal jatuh, as well as notes. Tapi, still tak kantoi. Yang diskus pun ramai, kekadang terfikir kenapalah lecturer tu boleh biar kitorang buat test tanpa ada yang supervise. Yang kreatif pun ada, tulis notes atas meja, bawah tapak tangan, pakai signal..haih, macam-macam.
Ayah kata, hidup ni kena jujur. Etika kena jaga, buat apa yang kita mampu. Mungkin sekarang keputusan tak cantik tapi selalu ingat - Allah sentiasa berada disisi hambanya yang jujur. Lambat laun dapatlah hasilnya. Itu yang aku selalu pegang, memang ada rasa tak puas hati bila tengok budak-budak yang meniru, laju je tangan menari-nari atas kertas, fuuhhh..penuh tu. Tapi, selagi iman berada dalam diri, selagi etika mengajar kita bertahan dalam situasi itu, selagi hati tak dikacau godaan itu - Insyallah, kita berjaya lakukan. Takpe la kalau dapat markah sikit pun, asalkan kita tau yang kita dah cuba yang terbaik, kita dah buat apa yang orang lain tak mampu buat.
Berkali-kali aku ingatkan adik-beradik. Jangan tiru, kita belajar bukan sebab exam. Tapi untuk apa? untuk hidup. Ilmu yang kita belajar ni yang akan membantu kita untuk hidup. Apa gunanya meniru sekarang bila dah kerja nanti bila boss suruh buat, kita tak tahu. CGPA yang tinggi tak menjamin kerjaya yang bagus. Ingat tu. Ada kawan-kawan yang aku saja nak test diorang pasal subjek first semester (noted that CGPA diorang agak bagus), tanya soalan paling simple - Apa itu Total Quality Management? Tak tau. Pandai-pandai la korang fikir sendiri..
But dalam kesibukan minggu ni, ada jugak khabar gembira yang aku dapat. 11 April 2012, aku berjaya melayakkan diri kedalam senarai 30 Tunas Sekretariat Mahasiswa Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi. Lepas ni, aku bertekad nak tonjolkan diri - peluang depan mata ni tak boleh nak elak. Impian aku untuk berkhidmat semakin menjadi kenyataan. Doakan aku berjaya masuk kedalam senarai 17 yang terakhir itu. Hanya Allah yang membalas doa korang semua.
No comments:
Post a Comment