Sunday, April 8, 2012

Kisah AKU n Modul 2

Entri hari ni takde gambar langsung. Maaf ye sebab terlupa sangat. Sebagai pelajar UiTM, kita diwajibkan untuk mengikuti modul-modul yang dijalankan bagi memenuhi buku Kemahiran Insaniah, huu..takde la. Modul ni patut dihadiri untuk memperkasakan KI mahasiswa, so that bila interview kerja nanti we'll have two transkrip. Akademik dan KI. Apa itu KI? KI ni basically untuk membentuk soft skill dalam kalangan mahasiswa, kita bukan nak cemerlang dalam akademik je, but mestilah cemerlang dalam soft skill jugak.

So, semalam pukul 8 start. Aku gerak dalam pukul 7.45 - sejuknya cuaca semalam. Sampai-sampai je takde orang lagi. Aku memang macam ni, agak menepati masa. Kalau pukul 8, memang pukul 8 la sampai ..lambat sikit pun dalam berapa minit camtu. If, kalau takde halangan lah.

Dalam pukul 9 tu baru masuk DK, best penceramah waktu sesi satu ni. Tak ngantok langsung aku, memang tahan nak gelak je kerjanya semalam. Habis je, En. Aizat Hanafi from SMF panggil Tunas untuk bantu diorang kendalikan modul hari ni. Aku in charge kat makanan sepanjang hari tu. Agak penat jugak sebab dah la kena ikut modul, at the same time kena jaga makanan pulak - tapi alhamdulillah, berjaya jugak redah semua tu.

Pukul 11 tu masuk LDK pulak, ni part yang unbearable. Seronok betul perempuan-perempuan tu tanya soalan kat kitorang (lelaki) yang sikit ni.

Modul semalam tamat pukul 6, but Tunas ada post mortem dengan senior SMF. So, at the end kami balik pukul 7 diiringi dengan makanan free..err, ada ke ayat cam tu?

Balik je rumah, solat Maghrib then dengan tak mandinya terus tidur. Nak dekat pukul 10 baru terjaga.

Itu je, so buat adik-adik junior FSPPP, kalau ada modul pergi, nanti kena repeat.

Eh terlupa pulak, ni pulak pagi tadi waktu tengah check comment..huu, tak sangka pulak ada yang excited bila ternampak aku..haa

6 comments:

  1. Kena repeat ? Kena repeat sem or what ? I hari tu ada modul. Sabtu dan ahad. Tapi i pergi sabtu je sebab ahad i tak sehat. But tak bagi mc pun. Mcm mana eh farid ? repeat yg macam mana maksud u ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene repeat modul lh, takde la sampai kena repeat sem..for example, kalau waktu sem 1 terlepas modul 1, kena repeat modul yang sama pada semester 2 dengan junior..

      Delete
  2. Saya pon ter-exited jugak 😖

    ReplyDelete
    Replies
    1. huu, jangan la excited sgt..segan pulak..:-p

      Delete
  3. Kalau terlepas sem 1 dan sem 2 punya KI, boleh ke repeat kedua-duanya masa sem 3 ? Risau lah kalau kena repeat sem terus, tak graduate lah jawabnye hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi jumpa HEP Officer yang bertugas untuk KI, rasanya Cik Radziah. Memang boleh nak repeat modul yang terlepas. Try discuss dengan officer tu dulu

      Delete