Sunday, April 15, 2012

Kisah AKU n Aman Kampus UiTM Shah Alam 2012

Assalamualaikum dan selamat petang semua, hari ni aku nak cerita sikit tentang satu event yang satu Malaysia dah tahu - Aman Kampus. Hari ni bersamaan 15 April 2012, Jelajah Aman Kampus menemui sebuah universiti awam terbesar di Malaysia, tempat dimana cerdik pandai Melayu dan Bumiputera menuntut, tempat dimana pembela bangsa Melayu dilahirkan dan universiti itu ialah Universiti Teknologi MARA Malaysia, berpusat di Shah Alam. 

Aman Kampus bertujuan untuk menunjukkan masyarakat dan komuniti diluar sana bahawa universiti yang terlibat aman damai, mempunyai semangat patriotisme yang tinggi terhadap negara dan berpegang teguh dengan dasar dan polisi kerajaan. Seperti yang kita tau sekarang, anjing-anjing pembangkang tengah sibuk menyalak kat Dataran Merdeka berikutan pemansuhan PTPTN. Apasal kasar sangat ayat hari ni Farid? Erm, sesuai sangat lah dengan apa yang diorang dah buat kat pemimpin negara kita, ada ke patut gambar Dato' Najib dikalungkan. Simbolik? Tak tau la aku. Itu yang buat aku marah sangat kat diorang ni, nampak sangat terbitnya isu politik, apa yang sebenarnya diorang perjuangkan pun aku tak pasti.
Aku keluar dari rumah seawal 6.45 pagi, dengan harapan dapat baju free. Tengok tu, gelap lagi kan.
Lengang je jalan ni, biasanya sampai berpeluh-peluh tunggu lampu hijau,
Tunggu budak dua orang tu - duduk dalam pun lambat lagi. Sambil-sambil tu mengimbau kenangan waktu jadi residen kat Perindu 3. Maklumlah, sekarang ni kan dah jadi NR.
Agak hampa walaupun sampai awal, tapi tak de rezeki dapat baju Aman Kampus tu. Senyum kelat je la sepanjang hari tadi.
Tapi dapat headband biru tu - jadilah daripada takde.
Menyampah gila dengan MC tadi, asyik ulang benda sama "Anda sedia!!", rasa cam nak amik mic kat depan tu then lepaskan student-student.
Konvoi Aman Kampus, Joe cakap maybe from Perindu Bikerz Club, sebab kawan dia ada tadi.
Berjalan mengelingi trek yang disediakan then bina satu rangkaian - kat sini pun buat tension jugak sebab asyik terputus je. Pastu, konvoi menteri lalu kat trek tu - antara yang sempat aku perasan, Setiausaha Politk PM - YBhg Dato' Haji Shahlan Ismail, Pengarah PM - Dato' Irmohizam, beliau ni lecturer aku dulu, siap pernah dapat hadiah buku lagi tau.
Nak balik, follow konvoi tadi tu.
Mendengar ucapan from YDP MPP UiTM Shah Alam, En. Farid Zuhri, tak silap aku beliau ni MPP from FUU. Sebab aku undi hari tu, haa.
Terik matahari sanggup ku redah, demi tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa UiTM yang setia kepada pemimpin negara.

Menari la pulak diorang ni.
Menari lagi...
Dah la, ko ingat aku SIMECTRA. Aku mana pandai nak berdansa ni. Jumpa En. Suhairy before balik but luckily takde nak buat post mortem cam hari tu. Kulit aku dah berminyak gila, agak-agak cukup je nak topup minyak motor. Haa
Tak dapat baju but still ada something untuk bawak balik tunjuk kat housemate. Sebuah buku tentang kisah hidup Perdana Menteri kita, Dato' Najib Tun Razak, ballpen Aman Kampus, button "We Love Malaysia" - saya sangat sayang negara ni dan pemerintah yang sekarang ni. Saya tolak PR!!

Akhir kata, program ni walaupun pada asalnya agak mengecewakan atas personal interest tapi semakin ia bergerak, kekecewaan tu diatasi dengan semangat kesatuan diantara mahasiswa-mahasiswa UiTM ketika membentuk rantaian tadi. Dapat aku lihat , walaupun berlainan fakulti, umur, negeri, dialek tapi kita 1 UiTM!!

2 comments:

  1. sertai pasukan Roll the Vote UiTM di FB. Taip Roll the Vote (Mentee). Untuk jadi member kena inform moderatoe sbb ini close group.

    ReplyDelete