Assalamualaikum semua, maaf lagi sebab
terlambat and tak update entry ikut schedule. Cam biasa, jawapan cliche bagi
seorang blogger yang kena membahagikan tanggungjawab kepada tiga - untuk agama,
keluarga, fakulti. But, ada sebab kenapa kali ni aku rasa kena jugak update.
It's because this time aku terlibat didalam Sukan Antara Fakulti UiTM 2012. Ini
edisi pertama SAF yang aku join. Rasa bangga pulak bila menyarung jersi
FSPPP..huu
7 Disember 2012, malam pembukaan SAF 2012. Macam yang aku jangka
stadium cuma penuh kat bahagian depan je, yang tempat aku duduk ni langsung
kosong. Apa daa, takde semangat kesukanan betul budak-budak ni, tau lepak dok
rumah je..
Aku tak join perbarisan pun, sebab petang
tu aku ada training sampai pukul 7. Plus, malam tu aku dengan Joe ada tugasan
special iaitu beli kek hari jadi untuk Sha
Mengikut rancangan, habis je upacara
penyampaian hadiah pemenang perbarisan (dimenangi oleh Fakulti Perakaunan,
diikuti dengan Masscomm ditempat kedua dan juga Medic), Amirul mengumpan
kesemua peserta perbarisan ke arah kami yang menunggu di belakang stadium. And
then, Happy Birthday Sha!!
Keesokan paginya, bermulalah saingan
diantara fakulti-fakulti dalam merebut pingat walaupun ada sukan yang terlebih
dahulu dipertandingkan. Sebagai seorang SMF, adalah menjadi tanggungjawab aku
untuk menjadi manager untuk sebuah sukan. Dan aku mendapat boling padang
sebagai tugasanPukul 8 pagi lagi aku dah ke gelanggang boling padang untuk menghantar makanan, dan juga memastikan schedule mereka berjalan lancar. Walaupun game aku petang tapi aku datang jugak untuk support diorang yang game pagi tu.
Untuk hari Sabtu - team perempuan kalah
tipis 9-7 dengan MEDIC, manakala lelaki mengalami nasib yang sama dengan
kekalahan menentang penyandang naib jura SAF 2011, FKPM : 6-10. Sesi petang
pula kem FSPPP diceriakan dengan kemenangan 17-7 menentang FPM.
Lupa nak bagitau, aku bukan sekadar
manager diorang tapi merangkap player yang jadi bidan terjun. Ni semua sebab
waktu minggu terakhir sebelum kejohanan, ada yang tarik diri. So, aku gunakan
masa dua hari tu untuk training, ada sekali tu sorang-sorang je..huu, noob
gila.
Malam, game aku - hujan lebat di Shah Alam
memaksa umpire menunda perlawanan. Aku tak baling lagi, wuu..Bertakung habis
gelanggang tu.
Game terakhir menentang EDU ni macam pelengkap match grouping.
Kitorang kalah dua, diorang pun kalah dua. So, both of us decide untuk play for
fun. Memang havoc lah main kali ni, diorang friendly. gelak je, sampai budak
FKPM dengan FKK kat rink sebelah pun pelik..huu
Tadi kitorang buat sikit tactical, kali ni
letak aku jadi lead. Afzan Second, Azley Third and Eusoff as Skipper. Kali ni
nampak lagi tersusun compare dengan dua game yang lepas. Waktu ni aku tengah ready nak deliver bowl
Pertengahan ends kedua-dua kami saling
berkejaran dalam mengutip mata. Still play on the socialize mode.
Sekejap kitorang leading, sekajap pastu diorang pulak. Sampai diorang tanya nak
habiskan game ni dengan draw ke apa? huu
At the end of the game, nasib menyebelahi
diorang - ada 4 bowl yang hampir dengan jack diputuskan menjadi milik diorang.
Game berkesudahan 10-7. Sedih tu mestilah ada, bayangkan dah lead 7-6 then kena
deny last-last minute oleh skipper diorang. Takpelah, aku jadikan SAF ni
sebagai pengalaman pertama aku dalam boling padang.
Gambar ni aku suka, Joe yang amik kan..asalnya aku beliau lalu je..erm, yang aku maksudkan ialah wanita berjersi Malaysia tu - namanya Haslah Hassan, coach boling padang UiTM sekarang, pemenang gangsa Komanwel KL 1998. Semenjak aku jadi manager SAF, secara tak langusng telah merapatkan aku dengan lagenda Malaysia dalam arena boling padang ni. Secara indirect jugak telah menyuburkan minat yang serius untuk aku dalam sukan dan aku berharap dapat menjadikan sukan ni sebagai platform untuk menyumbangkan sesuatu untuk UiTM.
Team boling padang FSPPP. Walaupun tak dapat masuk ke pusingan kedua tapi aku tetap puas hati jugak. Plus, ni adalah penyertaan pertama FSPPP dalam boling padang untuk SAF. Before this, takde team boling padang yang dihantar untuk bertanding. Overall, aku still rasa ok sebab kami pun training 2 hari sebelum kejohanan and 90% of us tak pernah main pun sports ni. Yang kedua pulak, of course aku telah menemui minat baru menggantikan badminton. Lepas ni memang aku pakai kasut sukan je lah pergi kelas..habis kelas boleh terus main sorang-sorang..huuBy the way, congratulation untuk kontinjen FSPPP. Setakat ni kita berjaya mengumpul 1 emas, 3 perak dan 1 gangsa. Keep it up. Majulah sukan untuk FSPPP!!! The Power of Policy!!
No comments:
Post a Comment