Wednesday, November 28, 2012

Kisah AKU n Tak Mungkin Berpaling

Assalamualaikum semua, apa ni Farid tajuk macam lagu Slam ja? mood tak baik ke bro? Yes, memang agak gloomy sikit minggu ni.

Rasa macam tak percaya yang untuk kelas Management Accounting, aku dah failed 2 quizzes and satu test. Suppose to have another final chances - which is the optional third quiz and a compulsory test. There must be a reason behind this. Sometimes, nak menyesal pun dah terlambat. Rasa kalau boleh putar balik masa Part 2 dulu, aku tak sepatutnya isi borang TUNAS SMF. Jujur aku cakap, prestasi aku belakangan ni agak menurun. Macam yang aku dah cakap, time management sangat crucial jika anda seorang yang inginkan kelainan dalam diri, to be exact menyertai persatuan-persatuan dalaman di fakulti, ataupun diperingkat universiti. Dalam case aku, SMF.

Dulu waktu Part 1, aku seorang mahasiswa yang sangat pasif - hidup aku dipenuhi dengan elemen 3K - Kuliah, Kolej, Kafe. Tak amik berat pun pasal fakulti, yang aku tau study untuk berjaya and dapat kerja bagus walaupun sebelum masuk degree, manager aku kat Onyx ada cakap mereka tak pandang student-student yang ulat buku sangat, katanya we need a special talent, those who contribute to their respective university. Aku tak amik kisah pun sebab bagi aku yang naif ketika itu - "Mana ada camtu, mestilah nak yang result mantopp.."

Waktu Part 2, aku dah terkesan dengan kata-kata manager tu, ditambah pula dengan dorongan beberapa lecturer terutamanya Prof Zul - katanya "Nowadays, company need a versatile manpower, a global employee which can adapt on a contingent situation". Oleh sebab itulah, aku membuat anjakan paradigma dalam diri aku - isi borang TUNAS dan kemudiannya berlakulah satu siri episod suka-duka aku dalam persatuan SMF. Meeting, Modul, CDO, Teambuilding etc. Semuanya untuk train kami menjadi seorang SMF yang bagus untuk menggantikan mereka.

Part 3 pulak, the real test begun. Modul, Program, Meeting, Ponteng Kelas, Tidur Lewat etc. Semuanya dah lali dalam kepala otak aku ni. Yang paling tensen, program Debat tempoh hari - menyaksikan hampir kesemua committee terpaksa bekerja lebih masa sebab time constraint. Skip kelas time tu memang tak dapat nak cakaplah, nak urus benda itu, benda ni. Tapi, berkat kesabaran berjaya jugak aku tempuhi. Sdr Amirfiqri, MPP FSPPP ada cakap jangan jadikan SMF sebagai bebanan tapi anggaplah ia sebagai satu platform untuk menyediakan kami semua untuk bekerja dengan baik lepas grad nanti, menepati masa, sentiasa memberi komitmen, memahami tingkah laku manusia yang pelbagai dan lain-lain.

So, sesuai dengan tajuk entri malam ni. Tak mungkinku berpaling dari tempat  untuk praktikal di FSPPP ni.

No comments:

Post a Comment