Nak dijadikan cerita, malam itu aku dikehendaki menghadiri meeting bersama JPNR. Seperti biasa, dia menjadi pilihan untuk menemani aku. Di pertengahan jalan, aku terdengar seperti ada bunyi sesuatu yang terjatuh. Aku kemudiannya sedar bahawa bunyi itu sebenarnya datang dari dia. Mungkin dia menjerit memanggil aku, tapi apakan daya - aku hanya mampu melihat. Jalan raya dipenuhi kereta dan motorsikal yang mengekori dari belakang, mustahil untuk aku berhenti dan mencari dia. Malam tu aku meeting tanpa dia disisi, acapkali kehilangan tumpuan memikirkan kenangan bersama dia.
Balik meeting aku berfikir untuk mencari dia, tetapi hujan menganggu misi aku itu. Aku melihat jam lagi, sudah pukul 1 pagi. Mungkin ini masa yang sesuai untuk aku keluar mencarinya, hujan pun telah berhenti. Kubuka pintu rumah, ibu menelefon. Seakan mengetahui yang ada keresahan bermain dikepala anaknya itu. Aku menceritakan segalanya, ibu melarangku keluar untuk mencari si dia. Bimbang jika bahaya pula yang menimpa aku. Aku pasrahkan segalanya, takut kulanggar jadi anak derhaka. Buat pula sesuatu berlaku pada aku malam itu, tak cium bau syurga. Aku masuk kedalam bilik, menangis keseorangan sambil menyesali - jika tidak kubawa dia malam itu, pastinya benda ini tidak berlaku.
"Kubiarkan pena menulis,
Meluahkan hasrat dihati,
Moga terubat segala,
Keresahan di jiwa,
Tak pernah kuiingini
Damailah awak disana, saya akan simpan semua memori kita. Untuk sesiapa yang tak tau siapakah gerangan nya "dia" itu. Beliau ialah pen Parker yang sangat special bagi aku - dibadannya ada terukir nama "M FARID". Pen ini adalah pemberian daripada Onyx Engineering Sdn Bhd sebagai penghargaan untuk aku yang menjadi management trainee diorang dulu.
No comments:
Post a Comment