Salam semua, entri ni ialah sambungan daripada part 1 untuk trip Penang-Kedah yang dianjurkan oleh group HPD232 (Pemikiran Pemimpin Negara) untuk memenuhi silibus kokurikulum student-student yang mengambil kursus ini.
Hari kedua kami bertolak ke Kedah, to be exact this is our last day untuk trip Penang-Kedah ni. Mood cuti aku pun hilang bila ada yang dok remind aku pasal assignment, program etc.
Sebelum meninggalkan Kolej Intan
Ni pulak student Shah alam jugak, program Konvoi UiTM Shah Alam - Seri Iskandar - Penang anjuran JPNR, ada jugak aku masuk meeting diorang hari tu
Bye UiTM Penang, seronok dok kat sini walaupun sekejap. Before bertolak kami breakfast dulu kat Permatang Pauh
Orait, ni destinasi pertama kat Kedah - Rumah kelahiran Tun M. Macam tak percaya bila dapat menjejakkan kaki ke rumah kelahiran PM terulung Malaysia ni
Yat and Faiz.
Saya pun tak nak terlepas jugak, tu seluar semalam..hee, malas nak kotorkan yang baru.
Kat sini jugak ada menempatkan kompleks-kompleks pameran yang mempunyai kaitan dengan Tun M, yang aku paling suka galeri yang menyimpan memori beliau dengan UMNO
Kat bawah rumah Tun M, huu..
Keboringan sambil tunggu siswi-siswi yang tak nak balik..apa diorang buat kat situ pun aku tak tau. huu
Next stop pulak kat Muzium Padi. aku tak taulah apa signifikan nya melawat tempat ni, tapi nak buat camna..aku kan tumpang je trip ni
Itu sebenarnya lukisan tau, bukannya real. 360 degree lukisan yang memperlihatkan keindahan sawah padi sekitar Gunung Keriang
Antara alatan yang digunakan untuk memperoleh hasil padi zaman dahulu kala
Hijaukan Kedah ni, pandang kiri sawah padi, kanan pun sawah padi jugak. Masuk depan sikit, bendera hijau putih..kii
Destinasi seterusnya Menara Alor Setar - aku rasa style nya lebih kurang Menara Taming Sari Melaka, cuma bezanya design menara ni iaitu berbentuk seperti tangkai padi.
Mengintai amoi dari jarak jauh..huu
Bak kata Faiz, muka JMB..hehe
Lepas Zuhur kami bergerak ke Alor Setar, dengarnya diorang nak ke Pekan Rabu..tempat apa ni? Yang kelakarnya nama Pekan Rabu tapi bukak hari-hari..hii
Lepas decide yang kat situ takde apa-apa sangat untuk golongan muda belia macam kitorang ni - kitorang pun decide untuk balik ke bas UiTM. Sedikit gambar yang aku snap untuk mengelak keboringan menunggu siswi yang gila shopping. Aku pun tak tau diorang beli apa kat tempat tu.
Yat yang keboringan, selamba je letak kaki atas lutut aku..:-)
Ingatkan dah habis, rupa-rupanya ada singgah lagi - kali ni pulak kat terminal bas kat Penang. Tak ingat pulak, tapi En. Syuhairi kata kat situ jeruk memang famous. Aku mana lah makan jeruk, so menunggu lagilah dalam tu - budak-budak tu masuk bas je ..fuhh, berbondong-bondong beg plastik penuh dengan jeruk..hebat betul lah
Pukul 6.30 bas meninggalkan bumi Pulau Mutiara - jalan sesak teruk, pukul 9.30 malam bas berhenti rehat di R&R Sungai Perak Selatan. Pukul 2.00 bas akhirnya touchdown kat Pusat Koku UiTM sekaligus mengakhiri trip kami. Perasaan sangat seronok walaupun sekejap sebab untuk trip ni ianya leisure, takde rule yang ketat, plus duit pun habis dalam RM 20 je..
No comments:
Post a Comment