Monday, November 26, 2012

Kisah AKU n Pertandingan Debat Piala Dekan FSPPP 2012

Assalamualaikum semua, baru ringan sikit kepala otak aku ni. Program Debat sudahpun melabuhkan tirainya semalam - rasa macam tak percaya pulak yang kami dah selesaikan program ini. Banyak suka duka dan pengajaran yang kami dapat sepanjang menguruskan program ni. So, untuk single entri kali ini, I present to you perjalanan program ni dari kaca mata aku.
Minggu terakhir sebelum program, pressure semakin terasa dan bertambah. Macam penambahan pelik-pelik yang buat aku kusut last-last minute ni. Picture credit to Idzard, EXCO Penerbitan & Maklumat
Tak lengkap cerita kalau aku tak bagitau post aku dalam ni. Dalam program ni, aku memegang jawatan Ketua EXCO Perancangan Strategik. Bertanggungjawab dalam pencarian venue final, sidang-sidang di fakulti, barang-barang teknikal dan juga pengangkutan kontinjen.
Orait, let us jump terus untuk hari kedua program, iaitu hari Sabtu sebab Jumaat tu taklimat sahaja. Seawal pukul 7.00 pagi aku dah ke fakulti untuk membuka kelas-kelas yang digunakan sebagai dewan bersidang. 
Sementara menunggu update from pengangkutan. Aku set up laptop, mic untuk tujuan roll call bagi debaters. Oops lupa pulak nak bagitau, untuk program debat ni ianya disertai oleh kampus-kampus FSPPP dari cawangan Shah Alam, Melaka, Kuantan, Merbok, Kota Samarahan, Kelantan.
Lepas breakfast, aku, Joe and Shukri pergi ke venue final kami di Dewan Sri Meranti untuk tujuan pengemasan dan juga penyusunan dewan. Dewan ni untuk tujuan makan dapat menampung seramai 150 tetamu, kalau seminar mungkin mencapai 500 orang.
Ashraf from CASS, serta Abbas from SIMECTRA jugak datang membantu - basically pada hari Sabtu tu aku memang ada kat situ je sampai pukul 5 petang - sebabnya kami semua ingat nak completekan hiasan dan juga susunan dewan tu
Waktu ni tengah estimate pesilat-pesilat punya performance untuk malam final.Takut tersepak Dekan pulak, huu
Mendengar briefing dari Joe, Timbalan Pengarah Program. Picture credit to Idzard, EXCO Penerbitan & Maklumat
Makanan ada disediakan, terima kasih kat Joe dan Ashraf sebab sanggup ulang-alik dari Dewan ke fakulti.
Susunan asal meja hakim - difahamkan asalnya ada tiga tapi last-last ada tujuh, nasib baik sempat set up.
Huu, muka ceria sebab waktu ni rasa macam beban dah nak habis. Picture credit to Abbas
Meja VVIP dan juga laluan masuk. Ni belum letak skirting lagi.

Untuk hari kedua, iaitu Ahad. Macam biasa aku ke fakulti dalam pukul 7.30 pagi. Buka pintu dewan bersidang, setup laptop and mic semua. Lepas breakfast lari ke Dewan Sri Menanti untuk inspection progress. Untuk hari Ahad ni takde benda sangat,sebab kebanyakan effort ditujukan untuk hiasan dewan yang kebanyakannya dijalankan oleh EXCO Tugas-Tugas Khas. Aku pulak tiba-tiba jadi bidan terjun untuk buat video korporat dan montaj program, alhamudulillah sempat siap beberapa minit sebelum program..huu
Piala Pusingan Pertandingan Debat Piala Dekan FSPPP SeMalaysia 2012
Hadiah-hadiah untuk kontinjen yang hebat berhentam, serta anugerah pendebat terbaik.
Meja VIP untuk Dekan, Timbalan Dekan, Hakim yang telah siap dihias oleh Nazieff Caterer. Salah satu sebab kenapa kami pilih dewan ni kerana tiada caterer yang terikat. Kalau dewan-dewan lain kebanyakkannya mengikat caterer dan biasanya mahal.
Meja VIP yang terdiri daripada MPP dan juga JPK Meranti sebagai tanda penghargaan atas kerjasama mereka dalam menjayakan program ini.
Inilah workstation aku, asalnya aku malam semalam agak rilek jugak..tapi tiba-tiba kena cooperate dengan EXCO Penerbitan & Maklumat..huu, kelam kabut jugak dengan flow EXCO tu semalam.
Idzard dan Joe, serba ungu dah macam pengantin..huu, gurau-gurau.
Ini photographer untuk program malam semalam. Idzard from SMF, classmate aku dengan Joe jugak.
Ketekunan, yang tak boleh blah bila pasang lagu-lagu traditional. Rasa macam kenduri kahwin je, huu
Final Persidangan Debat Bahasa Melayu bermula, kedua-dua pihak memberikan hujah yang bernas yang membuatkan aku pun ikut berfikir jugak. Untuk pertandingan akhir ini - UiTM Sarawak (Pembangkang) menentang UiTM Melaka (Kerajaan)
Abg Wan, ex SMF membuat penampilan istimewa menjadi MC untuk program malam ni
Penonton-penonton yang hadir asyik mendengar hentaman kedua belah pihak.
Usai sidang debat berakhir, majlis diserikan dengan persembahan dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Teringat pulak kat Mujahid semalam.
Tepat pukul 11, majlis bersurai. Kelegaan jelas terpampang di riak muka kedua-dua orang penting didalam program ni. Saudara Ashraf dan Joe.
Tumpang lega jugak, cuma lepas ni tinggal nak contact fasiliti untuk amik barang-barang diorang plus PA sistem semua.
Pendebat dari Melaka yang menjadi Naib Johan. So, pemenangnya ialah UiTM Sarawak! Tahniah dari Shah Alam.
Oopps, tak boleh balik dulu. Kemas bagi macam keadaan asal kata staf Meranti beberapa hari lepas. So, kerahan tenaga sepenuhnya dilakukan semalam dan alhamdulillah, berjaya jugak kami kemas dalam masa satu jam.
Tengah sedap-sedap berehat duduk kat atas stage, tiba-tiba hampir kesemua commiitte yang majoritinya SMF datang kat aku sambil bawak kek. Akupun tengok jam, laa..dah pukul 12.10 malam - it's 26 November 2012. Hari jadi aku, huu. Terharu gila semalam,  pastu Sdr Amirfiqri, MPP FSPPP.suap kek kat aku lah pulak, seingat aku mak je yang pernah buat macam tu. By the way, terima kasih guys. So far, ini sambutan birthday yang marvelous sebab aku sendiri hampir tak perasan tarikh tu.

In conclusion, program debat kali ni dilihat memberi impak yang besar buat aku. Kata ayah, once program ni habis and aku berpuas hati - ianya membuktikan yang kami semua boleh berkerja didalam tekanan dan kekangan masa. Tahniah untuk jawatankuasa pelaksana yang diketuai Sdr. Ferzae dalam menjayakan debat ini. UiTM Dihatiku, FSPPP Dihatiku!!

No comments:

Post a Comment