Thursday, December 14, 2017

Kisah AKU n Star Wars : The Last Jedi

Assalamualaikum,

Perghh, puas hati betul semalam, tak pernah rasa satisfied gila. Akhirnya guys, Star Wars: The Last Jedi dah pun berada di cinema Malaysia and aku berpeluang join Fans Screening di GSC Sunway Pyramid. Well, untuk kali ni aku ditemani my fiancée sekali. Entri malam ni basically aku nak story sikit experience kami berStar Wars semalam. By the way, nak warning siap-siap. Ada spoiler alert dalam post ni. Untuk sesiapa yang belum berkesempatan tengok, aku nasihatkan jangan baca this entry. Nanti korang menyesal. Haha
Semalam aku amik annual leave. Dari minggu lepas dah apply and bos pun approved. So, pagi tadi aku habiskan marathon Star Wars dengan menamatkan The Force Awakens tepat jam 11.30 pagi. Power nap sekejap dan terus bergerak ke Bukit Jalil to pick up Cik K sekitar jam 1.30 petang. 
Kami sampai Sunway Pyramid jam 3 petang. Movie start pukul 6, so we had a lunch first at Texas Chicken. Saja datang awal takut jem, time kami sampai tadi pun punyalah susah nak cari parking. Biasalah, shopping mall tengah bandar. Aku ni mana biasa pergi tempat-tempat camni. Huu
Introducing future Mrs. McBride a.k.a Cik K. Before this aku tak pernah pun cerita pasal dia or tunjuk gambar orangnya dalam blog ni. Tahu-tahu kami dah bertunang and now reaching 2 months come next week..:)
Semalam aku menggayakan Rebel Alliance polo shirt with slack hitam, ditambah dengan Star Wars cap..:-)
Cik K kita pulak dress hitam jugak. Tak plan pun. Sebab bila aku tanya katanya nak pakai t-shirt company. Haha
 Selfie seround!
5.30PM - Kami dah berada didepan lobi GSC. Ramai beb peminat Star Wars Malaysia yang datang untuk fans screening even though semalam hari bekerja. Mesti diorang pun amik annual leave macam aku. Ada sorang brader tu siap bagi aku bergambar dengan lightsaber Yoda ni. Maybe sebab dia tengok aku pakai baju + cap Star Wars kot. Sebenarnya aku punya lightsaber ada je dalam kereta, buat jadi emergency light. Haha
"My princess, I'm your Jedi Knight and always will be.." 
Cik K beli tiket IMAX which is kena pakai spek 3D ni for extra thrill. Seriously sakit mata aku dibuatnya. Okaylah, this is SPOILER ALERT. Memang best Star Wars: The Last Jedi ni. It's true. All of it. At least know we know apa response Luke bila Rey bagi dia lightsaber tu. Campak cam tu je. Haha. Cibai, aku ingatkan apa tah. Our Commander Dameron kurang menyengat dalam episod kali ni. Sedih bila Vice Admiral Holdo sacrificed herself to save the Resistance fleet. Finn at last berjaya bunuh Phasma. Surprisingly, Snoke was being impaled by Kylo Ren tapi Rey failed to turn him to light side. Kecewa aku kat sini. Huu. Finally, seperti yang dijangka Luke now returned to the netherworld of the Force, just like Yoda, Obi-Wan Kenobi and Qui Gon Jinn. Rey became the last Jedi and interestingly at the end, ada small boy ni guna the Force time sapu sampah which I believed will be Rey's apprentice in the next episode. Amacam, semua aku dah spoiled kan. Harap-harap takde orang baca. Haha
Movie habis sekitar jam 8.45 malam. On the way nak ke car park, we visited The Parenthood. Walaupun belum jadi parent, datang sini jap lah tengok apa yang menarik. Huu
Haa, ni lah lightsaber aku. Fully electronic with light and sound effect. Kenapa pendek? Taklah, ni model expandable. Just twist the hilt then this saber akan jadi panjang and ready to kill some Sith lords. Huu. This lightsaber is based on Luke Skywalker''s dalam A New Hope & The Empire Strikes Back.
Nak jugak bergambar. Huu
Sampai Bukit Jalil sekitar jam 9.30 malam, we had a quick dinner at Old Town. Elok pun, rumah Cik K crossed jalan tu je. Kalau ikutkan suruh balik sendiri pun takpe. Haha
Bincang sikit checklist preparation kami ni. Cepat pulak masa berlalu, rasa macam baru je pergi Serkam hari tu. Tengok kalendar dah reaching bulan kedua. Hopefully, dipermudahkan lah laluan kami ni. Amin In Sha Allah.

Okaylah, rupa-rupanya Newcastle lawan Everton awal pagi ni. Ingat nak tengok tapi mengantuk gila ni. Lagipun esok ada meeting, tapi nasib baik kat TPM. Huu. Nak tidur dulu tau, untuk siapa yang nak tengok Star Wars: The Last Jedi. Sila make your way to the nearest cinema, you will not be disappointed. Trust me. Trust the Force. Haha

No comments:

Post a Comment