Hello, hari ni dalam segmen resepi dapur bujang blog ni - aku nak demonstrate cara-cara nak buat maggi goreng mamak style plus kari ayam tin. Resepi ni senang je, tak perlukan skill advance pun dalam memasak. Cukuplah tau potong bawang, masak air, goreng-goreng sikit dll.
First, sediakan bahan-bahan. Maggi goreng, bukan sup. Tak kisah berapa bungkus korang nak buat, tapi aku anggarkan untuk satu bungkus, sebiji telur, 1/4 bawang merah, 1/8 bawang putih (boleh letak tapi dalam ni takde) dan juga satu tin kecil kari ayam
Secondly, macam biasalah kena celur dulu maggi tu - takkan nak makan raw cam tu je. Tambah air sikit untuk cepatkan proses melembutkan maggi.
Sementara tu bolehlah potong bawang-bawang tadi.. Amacam, professional tak aku potong bawang kat atas ni. :-p
Bahan-bahan yang dah siap, erm telur tu boleh je kalau nak pecahkan dulu wat dadar tapi, aku lagi prefer gorengkan sekali dengan maggi tu.
Then, tapis maggi tadi tu. Hati-hati tangan ye, takut nanti kena kuali yang panas tu. Pesanan penaja sebab dah terkena semalam.Masukkan bawang yang dipotong tadi, goreng sampai naik bau dan asap sikit.
Masukkan jugak telur tadi. perlahankan api ye sebab kita tak nak ia goreng terlalu cepat - takut hangus. Tapi, make sure sebelum korang masukkan maggi tu, kuatkan sikit api sehingga telur tadi masak.
Dengan pantasnya, letakkan perencah maggi-maggi tu.
Waktu ni, api mestilah ditakat sederhana. Gaul dengan senang hati sehingga perencah, telur dan bawang itu sebati dengan maggi korang.
Panaskan kari ayam tin tadi tu, kita tak nak keadaannya yang sejuk menganggu selera kita. Lagi panas, lagi bagus. Sehangat maggi kita yang siap tadi tu..
Tada!! Siap sudah resepi simple aku hari ni. Boleh dimakan dengan lahap kalau lapar, sebab adik aku habis sepinggan ni. Terima kasih kerana sudi singgah, jangan lupa jenguk resepi-resepi lain di sini
resepi yg menarik :)
ReplyDelete