Dua jam kemudian, tentera Jepun membuat an all-out
attack against pertahanan British di Pasir Panjang, posisi Kompeni C dihentam
bertalu-talu oleh artileri Jepun sebelum human wave attack dibuat keatas
Kompeni C yang totally outnumbered. Walaupun terpaksa bertempur dalam jarak dekat dengan terpaksa menggunakan bayonet dan tangan mereka, Askar Melayu terus mematahkan usaha askar Jepun untuk menguasai kedudukan Pt. 226. Ramai pegawai dan anggota Askar Melayu yang menjadi korban. Leftenan Muda Adnan bin Saidi sendiri cedera parah, tetapi masih berdegil tidak mahu berundur dan terus memberikan tentangan. Keberanian beliau membakar semangat anak-anak buahnya untuk terus berjuang.
Askar-askar Australia yang bertahan berhampiran dengan Bukit Chandu melihat keberanian Askar Melayu semasa pertempuran. Menurut Leftenan Penrod V. Dean dari pasukan Batalion 2/4 Mesingan, anggota Askar Melayu menggali kubu pertahanan tetapi jelas sekali mereka tidak mempunyai persenjataan yang banyak. Mereka menentang askar Jepun dengan menggunakan senapang sahaja, dan apabila askar Jepun berjaya menembusi benteng pertahanan mereka, askar-askar Melayu melawan mereka menggunakan bayonet. Mereka menyerbu askar Jepun menggunakan bayonet dan berjaya menangkis kemaraan askar Jepun ke arah Reformatory Road. Jelas sekali askar Melayu cukup berani. Mereka berjuang bermati-matian, tetapi bilangan askar Jepun terlalu ramai - untuk setiap orang anggota Askar Melayu ada 10 ataupun 12 orang askar Jepun
Disebabkan kebencian pegawai pemerintah tentera Jepun keatas Adnan yang
telah mengakibatkan ramai anggotanya terkorban, Adnan diikat pada pokok
ceri dan kemudiannya ditikam bertalu-talu oleh bayonet. Di dalam salah sebuah banglo di Pepys Lane, Burhan Muslim melihat mayat-mayat yang dicincang bertaburan. Di dalam sebuah bilik terdapat mayat seorang pegawai Melayu. Lehernya telah dikelar berulang kali dan uniformnya berlumuran darah. Daripada lencana di uniform tersebut, Burhan merumuskan mayat itu mayat seorang pegawai. Dia merasakan mayat itu kemungkinan merupakan mayat Leftenan Adnan.Tidak cukup dengan itu,
Jepun juga mengarahkan Kempeitai, untuk mencari dan membunuh ahli keluarga
Adnan di Malaya, tapi tidak berhasil.
Pertempuran yang melibatkan Rejimen Askar Melayu pada 1942
telah mengorbankan 159 anggota dan 1714 tentera Jepun. Jasa dan keberanian
Leftenan Adnan telah diiktiraf oleh Kerajaan British, Jepun, Singapura dan
sudah tentunya, Malaysia. Semoga rohnya dan perwira lain ditempatkan bersama
mereka yang mati syahid. Amin. AL FATIHAH.
So, fikir-fikirkanlah anak Melayu sekarang – korang nak guna
14 Februari ni nak mengenang dan memperingati jasa perwira bangsa kita ke, or
nak memperingati cinta korang sekali dengan St. Valentine tu?
Sumber : Wikipedia & Google
No comments:
Post a Comment