Sebenarnya cite yang aku letak sebagai entri ini sebagai satu pemangkin motivasi dan semangat aku untuk berjaya dalam badminton. Tak tau la kenapa, dulu aku bukan seorang yang suka bersukan - badminton ni pun aku baru nak start aktif waktu cuti semester asasi yang panjang tahun lepas. Tapi, semakin hari aku jadi lagi bersemangat nak turun gelanggang, tak sabar tunggu hari jumaat sebab dapat spar dengan veteran-veteran kat Rawang.
Ok, let's get to our story. Kucing dan Anjing
Anjing mempunyai reputasi cemerlang sebagai pembunuh kucing. Seekor kucing aku yang bernama Chu juga dibunuh oleh beberapa ekor anjing dan aku melihat sendiri insiden tu. Kucing pula selalu lari dan menyorok daripada anjing dan hidup dalam ketakutan. Tetapi, dapatkah seekor kucing mampu mendiamkan seekor anjing.
Ada dua ekor kucing berjalan dalam hutan. Fizikal mereka sama, kelincahan dan juga kematangan. Sambil berjalan mereka berbual, "Jimmy, kau rasa kita dapat tak kalahkan binatang brutal gila macam John, si anjing Rottweiler tu". "Entahlah, belum cuba belum tau" kata Jimmy kepada James. "But, kalau kita lawan kucing lain mesti boleh menang kan" tanya James lagi. "Belum cuba belum tau.." kata Jimmy sinis.Tengah syok jalan-jalan mereka terlihat seekor anjing diarah bertentangan..
"Oops, we're dead cat, boy" kata James. James kemudiannya lari sambil terkencing-kencing kerana ketakutan, dia tau yang John tu akan makan and kejar dia hidup-hidup. Jimmy tau yang kalau dia lari sekarang pun, dia akan hidup dalam ketakutan sebab selalu kena kejar dengan binatang brutal.
"Ok, let's face it" Jimmy bermonolog. Jimmy has the pride dan bersedia untuk berlawan dengan John itu, rather than terus menerus lari dan menyorok. Jimmy dengan segala kudrat yang ada berlari pantas kearah John itu dan a brutal fight happen. Dengan atitud ini, Jimmy berjaya mengalahkan John walaupun mengalami kecederaan sikit. John lalu menghilangkan diri kedalam hutan. Si kucing telah berjaya mengalahkan rival mereka, anjing dan sejak itu Jimmy melihat dirinya sebagai seekor anjing rather than kucing dan behave seperti mereka.
Benar, Jimmy sebenarnya boleh dikalahkan dengan mudah oleh John dan dimakan but andai ia terjadi, ini akan menceritakan kepada dunia yang dia telah berlawan dengan bersungguh-sungguh dan tidak menyesalinya. Jimmy akan dikenang sebagai an incredible fighter.
Apa kaitannya dengan badminton? Aku andaikan Jimmy sebagai aku, James sebagai pengacau, hutan sebagai gelanggang, dan John sebagai pemain yang hebat. Kita selalu fikir yang kita akan kalah jika berlawan dengan pemain yang hebat but sampai bila pun kita takkan improve lari kalau kita tak nak berhadapan dengan mereka. Pemain handal akan terus handal dan kita akan terus berada di takuk lama. Ingat - even Lin Dan, Lee Chong Wei, Taufik Hidayat start career mereka sebagai seorang begineer. Everyone has to face a better player dan melalui sakitnya kekalahan itu tapi jangan demoralize, jadikan ia sebagai platform untuk develop skill rather than mengelak.
Contoh paling jelas - aku masih tak mampu mengalahkan Deq Joe sepanjang semester lepas, Kapten Kelab Badminton yang kitorang tubuhkan but it's okay. Never say never, I'll meet you again Captain.
No comments:
Post a Comment