Wednesday, February 8, 2012

Kisah AKU n AEON Rawang

Hari ni rasa boring dok rumah, so aku decide nak keluar amik fresh air. Cuti sem ada lagi 3 minggu for me and masa yang berlalu digunakan sebaiknya dan bakinya lagi aku ingat kena bagi keringanan sikit la.. Boring pulak rasanya bila buat benda yang sama tiap hari:  bangun - exercise - quality - main game - tidur - mandarin - internet - tidur. So, apa salahnya kalau aku berjalan-jalan jauh sikit, teringin nak gi AEON Rawang yang baru bukak hari tu. Ada je pergi sekali hari tu tapi sekejap je.
Sampai je sana nak gi mencekik dulu. Claypot Chicken Rice plus Fresh Lemon Tea - costs me RM 10. Then Along mintak izin nak jumpa kawan dia kat situ - huh, patutlah excited sangat nak ikut, ada plan lain rupanya. Mak pulak masuk JUSCO, tak tau lah buat apa, dengar cite cari 'tight' adik.

Keseorangan - aku puak yang takde idea. Lepak sorang-sorang sambil mata memerhati pasangan kapel yang berlegar-legar kat AEON tu. Masuk jap SPEEDY, cari cd karok UNIC, tapi takde. Damn, susah nya nak cari minus one lagu korang ni.
 Bilalah nak bukak cinema ni.
Keboringan, aku merajinkan diri ziarah POPULAR pulak, kalau ada buku yang best bolehlah beli pakai book voucher - still tak guna lagi.
Ni la buku yang aku beli tadi. "PRU 13 UMNO TUMPAS?" and "Nasib Melayu Di Bumi Melayu". These two book cost me RM 45, then bakinya aku beli "Set Anggur" tu, haa..Baru guna RM 50, ada baki lagi RM 150 ni.
Dulu aku tak perasan ada kedai game depan POPULAR ni. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal akupun bajet-bajet tengok la..and then belilah jugak game Mafia II ni.

Singgah balik tempat aku lepak tadi and baca buku yang pertama tu. Hampeh sial buku ni, aku ingatkan buku ni boleh bagi sikit gambaran tentang keadaan UMNO but lagi menceritakan banyak yang buruk untuk aku yang berhaluan kanan ni perlu tau. Rasa cam nak bakar buku ni kalau boleh, takpun pijak-pijak depan orang ramai tadi. Serius nak termuntah baca. Sepatutnya aku baca dulu baru beli. Buku nombor dua so far sangat baik untuk bangsa Melayu tahu akan kedudukan mereka sekarang.
 AEON Rawang, teringat aku kat SURIA KLCC, macam manalah sekarang rupanya ek?
 Hah, hidup lagi. Tau pun jalan keluar.
 Bye!! Ada masa aku datang lagi.

2 comments:

  1. release tension, pasni dah tak boleh nak ber'jimba'2 lagi..haa

    ReplyDelete