Saturday, February 18, 2012

Kisah AKU n Pekeliling 04/2012 UiTM Shah Alam

Hrmm..tak tau la kenapa aku bersyukur sangat sebab tolak tawaran ayah aku hari tu. Tak faham, singgah sini dulu, then baru korang tau nape..:-)

So, seperti didalam circular diatas ia menyatakan hanya pelajar tahun akhir sahaja yang dibenarkan membawa kereta masuk kedalam UiTM. Bagi student lain, boleh je nak drive but kena parking luar. Walau bagaimanapun, motorsikal masih boleh digunakan dan diparking didalam kawasan UiTM.

Actually, dah lama aku nampak masalah kesesakan lalu lintas kat UiTM Shah Alam ni. Ye la, semua student berlumba-lumba nak drive kereta la katakan, tapi aku rasa student yang patut diberi kelonggaran tentunya from FSPU dan FSSR. Sebab diorang kena bawak artwork yang besar gedabak, plan holder dll. Bagi student macam aku ni, tak de la benda special yang kena bawak kan..habis-habis pun buku yang tebal je.

Seperti biasa, circular diatas ada student yang boleh menerima dengan baik, tapi lebih ramai yang tidak menyokong. Aku faham kalau student FSPU, FSSR dll yang berkaitan tak menyokong sebab nanti diorang akan jadi lebih susah, yang aku peliknya student-student lain yang aku lihat takde kepentingan nak bawak kereta masuk pun membantah, lebih teruk - bantahan mereka lagi power daripada student -student yang memerlukan. Even kawan-kawan dari bekas fakulti aku dulu pun bukan main lagi membicarakan hujah-hujah mereka..alahai, law student. Memang nature korang camtu ek? Annoying tau.

Bagi aku la, Ayahanda VC buat semua ni untuk UiTM. Student yang membantah ni cakap, kalau dah tau ramai sangat buat apa ambik student ramai-ramai. Tambah mereka lagi, kalau student ramai sangat nanti jalan sesak. INGATLAH korang, UiTM ditubuhkan untuk membantu student dari keluarga susah. UiTM pilihan mereka sebab yuran yang murah compared dengan universiti awam yang lain. Kita nak tolong anak Melayu dan Bumiputera yang nak belajar tapi tak mampu - itu sebabnya. Kenapa nak hadkan pengambilan pulak? Bila intake ada limit, maknanya kita semua menyekat impian mereka yang nak belajar kat luar sana tapi tak mampu. Aku rasa, ini semua sebab korang ada kepentingan yang tersendiri kan, sebab itu korang cakap camtu. Sebab korang dah diambil oleh UiTM dulu, then korang rasa UiTM tak patut ambil lagi student kan? Bila korang drive kereta, itu atas dasar kepentingan diri kan? Banyak lagi soalan dan jawapan yang berada dalam minda sedar aku ni.

Eh, kalau drive kereta pun, tapi itu kereta BAPAK kau - janganlah nak berlagak tak tentu hala. Ada sorang student semalam, aku perhatikan dalm komennya- "My dad bagi kereta untuk kesenangan I" Huh, untunglah bapak bagi. Cuba try menolak cam aku..huu

Dulu, ITM sangant merendah diri, student-studentnya kebanyakan datang dari latar belakang keluarga yang sama. Middle and lower class. Mereka dulu nak belajar, tak kisahlah jalan kaki ke, naik motor ke. Pahitnya hidup susah membuatkan mereka untuk cekal dan gigih belajar sehingga berjaya. Tapi sekarang ni, student-student ada yang dah cam tak sedar diri pulak, bercampur - dari golongan atasan pun dapat masuk UiTM. Yang paling ketara bila cuti sem, update status "Saya di London, sejuknya..", "Yea..my dad bagi kereta baru" Huh. Inikah golongan yang telah dibantu UiTM. Kira okaylah dapat masuk UiTM. Anak orang kaya pun bayar yuran sikit..Kekadang rasa simpati kat beberapa orang student yang tak dapat masuk - ada aku terlawat satu forum - dia ni anak orang susah, tapi cemerlang - UiTM tak terima dia, buat rayuan pun tak dapat. Kesian kan?

Tapi, ada je student yang membantah but atas telah berjaya mengutarakan alasan yang bernas dan aku terima itu. Contohnya, yang duduk jauh - sebab kami NR duduk kat merata-rata Shah Alam. Kira beruntunglah aku dapat duduk kat area Sec.7 tu.

Cadangan aku - student-student yang dapat kolej tu tak payah bagi bawak kenderaan langsung, sebab aku perhatikan ada student yang dapat kemudahan kolej tapi drive kereta. Macam sucks, dah dapat kolej, pastu dapat akses kenderaan pulak..

Cadangan dari abang dan kakak UiTM - buat mini monorail, sistem monorail bawah tanah, perkhidmatan bas diperluaskan lagi. Interesting, is it?

Akhir kata, kepada pelajar UiTM. Ingat, kita datang sini nak belajar. That's all.

4 comments:

  1. haha.. memang selalu sesak dalam UiTM Shah Alam tu.
    nasib baik den bukan belaja situ.
    :)

    ReplyDelete
  2. haihh.. siswi pun xda transport..jln kaki je..hehe

    ReplyDelete
  3. arif: tengs for visiting, circular ni utk Shah Alam main campus yang sesak mengalahkan Jalan Duta bila waktu puncak..lagi-lagi kalau hujan..
    siswi: sem satu saya jalan kaki jugak, sebab dok dalam kolej..hii

    ReplyDelete
  4. salam, awak dulu asasi undang undang uitm kan? saya ada apply kat upu, and i really hope that i'll manage to study there insyaallah. btw, dulu spm awak dapat berapa ye? =)

    ReplyDelete