Pernah dikecewakan? Kalau aku tanya soalan ni kat remaja-remaja di luar sana, aku jamin boleh katakan hampir kesemua responden akan jawab "ya". Sebenarnya, benda ni normal buat kita semua. Jarang aku nampak sendiri pasangan yang kapel then kekal sampai mati, most of them bila diajukan soalan akan jawab "Isteri saya ni bukannya cinta pertama saya dulu"..even my dad pun pernah putus tunang.
Aku bukanlah nak advise, ceramah atau bagi tips. Just nak share pengalaman aku dalam dikecewakan dan mengecewakan. Kata Along, dalam perhubungan zaman sekarang ni ada dua - samada nak mencuba ataupun yang lebih ekstrim macam apa yang aku cuba projekkan sekarang - biarlah pasangan kita itu menjadi teman hidup kita sampai ke hujung nyawa.
Zaman sekolah - aku ada 2 pengalaman ditolak. Aku admit time tu aku still muda, kencing pun tak lurus lagi..haa. Terlampau terburu-buru dan tak suka berdolak dalih, means cakap straight je..hrmm, patutlah - sepatutnya dalam perhubungan kita kena slow-slow. Macam dalam perang sekalipun, plan - attack (siege or direct) - breakthrough - encirclement. Maksud aku, plan first - kaji dulu pasal perempuan itu, single ke? dah ada boyfriend ke? - try to predict the result : adakah perempuan ni sesuai dijadikan ibu kepada anak-anak kita kelak, walaupun ianya boleh didevelop sepanjang tempoh but lagi senang kalau kita dapat daripada latar belakang yang baik. Kan?. Step yang kedua, attack - direct itu tak baik kalau dalam peperangan - direct assault selalunya melibatkan jumlah kematian yang tinggi but by contrast, siege is preferable because kita kepung. Dalam konteks perhubungan, kita mestilah mencuba untuk menawan hati mereka, with that lagi senang la kita nak meluahkan isi hati - sub stepnya, berkawan dulu, jangan terus cucuk line. Biasanya, lelaki yang terus cucuk line ni motifnya nak mencuba perempuan tu je, maybe. Next step - breakthrough, breakthrough masuknya penembusan, dimana kita cuba untuk meluahkan perasaan kita terhadap mereka. Gagal atau berjaya it's depends on that girl - masih belum bersedia or ada sebab lain. Final step, encirclement. Encirclement means kita melingkari dan menutup possible jalan keluar musuh. Dalam perhubungan, final step yang paling penting, dimana selepas kita berjaya menawan hati perempuan itu, kita mestilah menjaga mereka dengan baik agar mereka tak cari yang lain. See that, it's simple.
Berbalik kepada kekecewaan ditolak - yang pertama, ini ketika aku Form 2 & 3, pergh, siap bagi coklat, keychain letak bawah meja, sanggup tu sneak in dalam kelas dia waktu rehat, err..sucks gila waktu tu. Bila ingat balik kelakar pulak..haa. Then, lepas SPM - ni memang salah aku sebab terburu-buru sangat. Gelojoh, langsung takde plan. So, result pun hampeh la jugak. Waktu asasi - erm, ni maybe kekecewaan paling maha dashyat pernah aku rasa - sebab aku tak pernah mencintai seseorang sebegitu rupa. Lepas kena reject tu, setahun jugak aku menunggu dengan harapan akan terbukalah hatinya..haa, sadis..last-last aku decide ini kerja sia-sia - buat apa menunggu sesuatu yang tak pasti.
Menolak - haa, this is definitely benda yang aku tak suka buat but mesti dibuat if hati kata tak nak. Kita tak boleh paksa hati untuk menerima , walaupun ada yang cakap - try dulu lama-lama bolehlah..but, bagi aku - still tak boleh. History, setakat ni sorang. Detail please, tak payah lah..benda ni pun baru je..
Sekarang ni, aku rejoin balik mlife. Kat sini aku sempat berkenalan dengan seorang perempuan yang wajahnya hampir mirip dengan perempuan yang reject aku waktu asasi. First aku terlihat profilenya, air mataku hampir menitis, teringat seketika memori gelap lampau. Kadang-kadang aku berfikir "Finally, I've found her replacement" .Almost everyday aku akan melawat profil perempuan ini - reason? bukan sebab nak lepas rindu but melihatkan wajahnya, membuatkan hatiku menjadi tenang dan sejuk. I don't know why and selalu jugak aku tanya "Apakah perasaan ini?" Jawapannya - it's still the same. It's definitely LOVE.
taichi too much can be dangerous lol
ReplyDelete