Assalamualaikum semua, hari ni short entry je
Cuti semester yang paling sucks sekali dalam hidup, dapat ulser hampir berturut-turut. First, seminggu lepas exam, then baik kejap pastu datang balik 2 minggu lepas. Bila ulser bawah ok, kat atas pulak timbu;. Cis, nak makan pun tak enjoy. Sebab apa ek? Nak kata mulut tak reti nak jaga, mencarut sana sini takde la pulak..*sigh* Guess what, sebab ulser berat badan aku turun mendadak, from47 kg to 43 kg..sob3x
Perkembangan study pulak - Quality Leadership, Team Building, Decision Making & Communication dah settle seminggu lepas. Mandarin pulak dah terhenti, semuanya pasal aku sibuk sangat nak habiskan buku yang beli kat AEON hari tu. Sudahnya basic je la yang aku tau. Aku rasa baki cuti yang ada ni aku nak guna untuk rehat la..
Tubuh badan - seperti yang dinyatakan kat atas, berat turun but kekal fit lagi. Student lain bila cuti sem semua berat naik, aku turun pulak..
Fitness - disiplin pumping, sit up, crunch, plank , lari setempat etc. setakat ni berjalan dengan lancar dalam usaha membina bentuk badan dan abdomen yang menarik..haa, macam dalam iklan.
p/s: dah berkali-kali try tegakkan motor pakai tongkat tengah tu, tak dapat2 doe..difahamkan CT100 aku tu berat dia 95kg, dua kali ganda aku..
Badminton - spar dengan veteran Mawarsari hari Jumaat je, seminggu sekali..yang tak bestnya dapat main 2 jam je - itupun tukar2. But, aku still lagi dalam proses menguatkan backhand plus forehand smash, training hari-hari belakang rumah. Nak dengar satu cerita tak? Hari tu training ngan ayah aku, aku mintak beliau buat high drive sebab aku nak smash. Pastu beliau gelakkan aku sambil cakap "Adik smash lagi bagus dari kau..". Pergh, berapi dengar - beliau pun bagi la shuttle yang diidam-idamkan. BAAM!! Aku smash dengan sekuat hati lalu mengenai dahinya..Terdiam sekejap suasana kat situ. Uncle Yob kat depan rumah cakap "Aii coach, kena tembak dengan anak sendiri nampak..". Aku pun meminta maaf lepas tu. Tapi, ayah tak marah pun. Terkejut maybe.
Cuti ni banyak belajar respi baru dari mak..huu, baru aku tau camne nak masak maggi tumis.
Exam result dijangka bakal dikeluarkan pada 22 Februari ni. Berdebar rasanya memikirkan result tu, but apa-apapun yang dapat nanti. Kenalah terima dengan hati terbuka.
Balik Shah Alam 2 minggu lagi. Tak sabar rasanya nak start my second semester sebagai pelajar sains pentadbiran. Nak jadi PTD..huu
Finally, congrat untuk blog ini sebab jadi follower ke 111 aku..hii
tahniah ! :D
ReplyDeletetahniah kt mne tu? berat? study? respi? smash dahi? huu
ReplyDelete