Saturday, January 1, 2011

Kisah AKU n 2011 Resolution

Olla 2011..tahun ni bakal menjanjikan sesuatu yang lebih hebat rasanya..dan lebih mencabar..but, sebelum tu kita mestilah mempunyai misi dan visi tentang apa yang perlu dicapai untuk memastikan 2011 ni berjalan lancar dan sukses..here are my plan and resolution..

menyambung pengajian law foundation ke peringkat degree..walaupun agak samar-samar tapi chance tu tetap ada..langkah pertama untuk mengenggam segulung ijazah bermula di situ, harapan dan kebanggaan setiap ibubapa di dunia ni..first step itu ialah lulus peperiksaan akhir semester dengan baik dan juga keputusan muet band 4..

justice itu perlu diserahkan kepada orang yang betul, jika tersalah langkah maka rosaklah negara ini..gambar diatas> lady justice simbol keadilan untuk umat manusia..dacing simbol keadilan, pedang simbol kekuatan sebab dan kebenaran dan mata yang tertutup pula membawa maksud objectivity yang ditafsirkan sebagai menidakkan identiti, money, kuasa dan pangkat dalam menegakkan keadilan.

hati yang broken perlulah dibaiki, so..masa yang terbaik untuk 2011 ini amatlah sesuai untuk mencari pengganti dihati..agak lama juga hati yang rosak ni tidak seceria dahulu..

tahun 2010 aku dah hilang ramai kawan baik because kawan sekolah pun dah busy dengan new life mereka..kat uitm pulak macam-macam yang jadi..so aku rasa tahun ni pun aku nak cari kawan lagi ramai lah..

rundingan damai dengan mereka..mengikut kata diorang supaya membenci yang lain..oh tidak..ni bukan stail ku..no negotiation at all..korang tak suka,korang punya hal, jangan nak libatkan aku..

so tahun 2011 ni..askar bantuan mestilah sentiasa tiba untuk reinforced diri aku yang keseorangan kat sini..farid kena kuat,itu pesan ayah aku..walau apa pun yang "mereka" buat, hidup mesti diteruskan..biar hilang kawan, jangan pernah tunduk dengan kemahuan diorang..

resolusi aku seterusnya ialah menikmati hidup ni..tahun 2011 berdasarkan pemerhatian aku macam best because aku dijadualkan tamat program asasi dalam bulan 4 dan jika ada rezaeki untuk sambung degre..insyallah bulan 9 nanti diorang panggil..waktu yang ada bolehlah diisi dengan packing bag trip and alone..BEBAS!!itu yang aku nak..apa yang perlu dibuat ialah menyimpan duit elaun dengan sebaik-baiknya..kalau boleh tak nak guna..

belajar benda baru pun okeyh jugak, tak pun praktikkan bahasa jerman yang telah lama ditinggalkan dulu..

and finally, aku akan cuba meningkatkan prestasi dan skill blogging aku...tahun lepas memang banyak dapat kecaman daripada blogger baru tentang blog aku..tak tau la aa silapnya tapi satu benda yang aku pasti, blog itu universal..kita sebagai the owner bebas untuk decide apa-apa pun content dalam blog kita tu bukannya mengikut trend semasa or kritikan orang,blog itu juga salah satu tempat untuk kita mengekspresi diri kita tentang apa yang kita minat...kalau dalam alam realiti takde siapa yang nak dengar apa yang kita cakap, maka, di alam maya ni la tempat kita meluahkan apa yang kita rasa asalkan tak menyalahi undang-undang negara..so, buat blogger-blogger baru janganlah hendak mencari kesalahan blog senior-senior ni..(tak merujuk kepada saya seorang je)..daripada mengkritik apa salahnya mencari kelemahan sendiri dan try improve blog sendiri..remember, kita semua bermula daripada bawah..

apa apa pun..sekali lagi terima kasih untuk tahun 2010 kerana telah menghadiahkan aku banyak memori yang tak boleh lupa..semoga allah memanjangkan umur diriku, famili dan semua umat islam untuk hari-hari yang mendatang..

No comments:

Post a Comment