Friday, December 31, 2010

Kisah AKU n Memories 2010

Huh..at last 2010 bakal melabuhkan tirainya tepat 12 malam ni, 2011 bakal menjelma dan juga bakal mengundang tanda tanya bagi diriku..apa la nasib aku kali ni, baik lagi or sebaliknya..okeyh, today..aku mau menutup blog aku untuk edisi 2010 dan kepada readers title kali ni dan juga content nya ialah berkaitan dengan memori suka dan duka aku sepanjang tahun 2010..lets check it out..

first..aku berjaya menamatkan zaman persekolahan aku..pada mulanya agak boring juga because tak tau nak buat apa then lama-lama best pula memandangkan sekolah lama aku tu pun dah macam tak betul pun ada..

bila dah tinggalkan sekolah, kawan-kawan lama pun kena tinggal juga..last-last aku decided la juga nak buat facebook untuk stay connected dengan mereka tapi baru aku realised, bila semua dah ada life sendiri dengan kengkawan baru, kawan-kawan lama ditolak tepi..sama la juga macam aku tapi guys, Utaridians..aku tak pernah lagi jumpa kawan yang macam korang kat universiti nie..korang memang the best lah..

result spm yang ditakuti akhirnya keluar juga pada bulan 3..aku berjaya la juga mendapat sebanyak 5A dalam peperiksaan terakhir peringkat sekolah ni..A+ dalam sejarah, geografi dan bahasa malaysia, A dalam BI and A- for agama islam..thihihi..
gambar diatas selepas menerima sijil penghargaan dan duit daripada tan sri muhyidin yasin yang datang ke bandar sungai buaya ketika pilihanraya hulu selangor..bangga siot..

apa-apa pun kenangan terindah 2010 ialah ketika aku dapat masuk ke universiti teknologi mara malaysia, kampus utama di shah alam..kenapa best pula because aku dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang..bersyukur sangat kerana sudah 2 tahun otak aku bermain dengan nombor kat sekolah dulu..ohh, i hate math and everything that have calculation..it sucks.then,secondly aku merupakan cucu pertama belah ibu aku yang menjejakkan kaki ke universiti..

bila masuk universiti, maka aku pun berjumpalah kawan-kawan baru yang agak best..banyak personaliti yang aku jumpa kat sini..macam-macam ragam, overacting,snobbish, retarded, dll..semuanya buat aku terfikir kat dunia yang besar ni,macam-macam orang kita boleh kenal..tapi kan gangs, aku tak ada kawan baik pun kat sini..kekadang bila cuba nak betulkan keadaan, mereka tak mau pula so nak buat camne, hati orang lain-lain..

hati ni still tertanya-tanya..bolehkah aku sambung law degree ni..memang takut dengan muet tapi aku berharap kalau jadi apa-apa pun aku akan repeat muet tu..

tanggal 4.11.2010, aku berjaya mendapat lesen memandu aku..agak lewat sikit kerana tak sempat nak buat test tapi at least dapat juga..

akhirnya usaha dan bakti aku untuk sekolah dihargai juga..for the first time juga aku drive sendiri pergi ke sekolah untuk majlis anugerah cemerlang ni..

baru-baru ni aku rasakan bahawa skill presentation dan speech aku ada peningkatan..itu juga satu memori yang hebat juga kerana ia menunjukkan yang aku betul-betul komited untuk merubah diri aku ni..transformasi bermula..

oops..terlupa pula episod hitam pada tahun ni..tanggal 14.6.2010,ketika sedang menuntut di uitm..teman rapat aku, to be exact my laptop..compaq presario cq40 dicuri orang..agak sedih mengenangkan beliau..sob3x..tapi..

pengganti beliau akhirnya muncul sekitar bulan 8..lebih kurang sebulan setengah selepas pemergian compaq, mrs.dell inspiron tiba mengubat duka dihati..
okayh guys..itulah memori yang amat ku kenang untuk tahun 2010 ni..diharap tahun 2011 memberi episod demilang untuk diri aku ni..nantikan esok dalam mcbride's life: misi dan visi aku untuk 2011..
.......................the end...................

No comments:

Post a Comment