Cuaca agak baik kat KL ni. Tapi, boleh katakan hari-hari agak sesak terutamanya Khamis dan Jumaat sebab ramai dah nak balik kampung masing-masing.
Perihal report pulak, still bergerak tapi slow. Mungkin sebab dokumen-dokumen yang bila dikorek lagi dalam jadi more complicated untuk difaham. Tapi, still ada progress dan akan InsyaAllah akan jadi bertambah baik lepas raya nanti. Interview dengan Top Management dan Head of Department pun aku postponed dulu ke lepas raya sebab kekalutan minggu ni.
Haa, ni hari Jumaat lepas. Sesak kan jalan. Kat mana-mana sesak start dari aku naik bas kat Masjid Jamek, kat Parlimen, pastu Jalan Semantan..bersambung kat Jalan Duta..still tak habis lagi sampailah ke Sungai Buloh. Huh, pastu baru clear.
Biasanya dalam keadaan yang normal, kalau naik bas pukul 5.30 ni sampai Bukit Beruntung dalam pukul 6.30. Korang nampak brader depan aku ni. Nak dijadikan cerita before bas bergerak, ayah aku call tanya aku sampai dalam pukul berapa. Aku cakap lah dalam pukul 7. Pastu dia pandang belakang kata "Dik, bas ni sampai pukul 6.30, bukan pukul 7". Akupun senyum je sambil dalam hati "Ni sah-sah baru first time kerja waktu bulan puasa - hari ni Jumaat, ramai gerak awal sebab nak balik kampung, memang jem la jalan.."
And tekaan aku hampir tepat, kami sampai Tol BB pukul 7.05 petang and tiba di Terminal pukul 7.15. Aku sempat tengok brader tu, kelam kabut turun bas..hahaha. Memang gelak besar aku dalam hati. "Bro, aku dah pernah rasa situasi ni 2 tahun lepas kau tau..jangan nak underestimate orang sangat"
So, itu jelah cerita minggu ketiga aku ber"attachment" ni.
No comments:
Post a Comment