Sunday, August 11, 2013

Kisah AKU n First Day Syawal 2013

Assalamualaikum semua, 8 Ogos 2013 menyaksikan kejayaan umat Islam merayakan kemenangan melawan hawa nafsu pada bulan Ramadhan yang telah berlalu pergi. Syawal yang tiba mestilah diraikan dengan gembira dengan menepati syariat Islam. 
Seawal pukul 8.30 pagi, aku bersama adik bergerak ke Masjid di Pekan Bota untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri, Ayah sembahyang kat Parit dengan atuk and adik-adik dia. 
Dalam pukul 9.30, selesai je khutbah kami pun balik ke rumah opah. Panas jugak cuaca tahun ni. Nasib baik aku memang selalu bawak sapu tangan..:-p
Sampai je rumah, tengok dah ada yang beraya.. Jiran sebelah rumah punya cucu, ramai jugaklah hari tu. Datang bukannya nak makan, nak air sejuk dengan duit raya je tau..:-)
Tukar uniform jap, aku dengan adik ada kontrak basuh pinggan mangkuk untuk hari pertama ni..haha
 
Lepas habis Round 1, kami tiga beradik pun amik lah peluang untuk amik gambar. Tu pun dapat sekejap-sekejap je sebab adik-beradik opah kalau datang bukannya satu-satu, tapi sekali pakej terus. 
Waktu ni semua dah ready nak amik picture keluarga, tapi malangnya...
Ada lagi yang datang dan ianya berterusan sampailah pukul 6 petang. So, ceritanya habis macam tu lah. Takde lah picture raya keluarga tahun ni. Sebab semuanya dah malas nak amik. Ye lah, dengan muka berminyaknya, badan pun dah melekit-lekit, ketiak pun dah masam..haha
Aku pun, keluarkan lagi lah bola-bola hitam tu. Dengan harapannya nak main sorang-sorang je la. Tiba-tibalah ramai yang berminat pulak nak tumpang sekaki. Ni time aku tengah ajar sikit rule and basic lawn bowls.
Steady deliver bowls dengan seluar raya yang dilipat-lipat ..haha, klasik betul tau..:-)
Yang tak berminat nak main, tapi nak tengok pun ada jugak..rasa terharu pulak sebab ada jugak yang nak tengok keunikan lawn bowls ni..hii
Dalam pukul 7, diorangg open table untuk barbeque..haa, benda ni lagi.. Aku rasa bbq ni dah jadi tradisi kot untuk family mak ni...hii
Acu Keon ni memang nekad betul nak balik raya. Gerak dari Putrajaya lepas sembahyang raya tu.
Sorang pakcik je lagi yang tak balik time ni. Acik Joe, macam biasalah beraya kat rumah isteri dia dulu kat Changkat Jering. 
Pengubat untuk ketiadaan gambar raya..huk Banyak jugaklah picture time bbq ni aku amik hari tu.
Bersama Iskandar, anak Uncle Man. Dia ni baru darjah 6 dah lagi tinggi daripada aku..huu, baka tinggi nak buat camna..

Ok lah, itu kisah untuk hari raya pertama aku. Sila bersabar dan nantikan entri seterusnya hanya di blog ini. Till then, take care semua..:-)

No comments:

Post a Comment