Assalamualaikum semua, jom baca review minggu kelima untuk attachment aku ni. Minggu lepas raya ni penuh jugak dengan schedule aktiviti. Nasib baik lah dah habis puasa, so, penat-penat pun boleh lepak kat pantri buat air sarsi..huu
Minggu kelima ni bermula pada hari Selasa since hari Isnin, kami di Onyx diberikan forced leave..haha Cuaca yang agak baik, sebab aku sampai agak awal minggu ni. Biasanya aku naik bas pukul 7 but untuk minggu ni, aku naik pukul 6.40 and sampai sekitar pukul 7.40 pagi. Buat apa awal-awal pagi tu Farid?
Apa lagi, breakfast la. Before tu buang air dulu, haha..pastu breakfast awal-awal kat NZ Curry House ni sambil baca paper. Bukan apa, rutin kerja aku - kalau dah sarapan, lunch tak payah lah keluar..Jimat sikit duit, sebab biasanya lunch ni kos tinggi sikit..huu
Hari Rabu paling tak menahan sekali, ni lah kali pertama aku drive kat area KL..semuanya pasal tender yang tebal gedabak sampai nak kena isi dalam kotak. So, our office boy pun tak boleh nak dispatch dengan motor. So, Qila bagi pakai kereta dia untuk hantar tender tu.
Ingatkan si Helmi tu yang drive, pastu dia kata "Eh apa pulak, ko la drive.." Nervous woo, bukan apa, sebab kereta orang kan, takut jadi apa-apa pulak.
Perjalanan hari Khamis pulak dipenuhi dengan revisit Shah Alam, aku half day untuk settle beberapa masalah dengan UiTM.
Hari Jumaat pulak aku seharian berada kat Batu Caves untuk Lab Visit.
So, itu jelah ceritanya. Alhamdulillah, setakat ni semuanya berjalan lancar. Cuma tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk aku completekan attachment aku kat sini. Still ada 2 unfinished section dalam report aku, semoga jalan terus dipermudahkan untuk menyiapkan ia.
No comments:
Post a Comment