Assalamualaikum kawan-kawan. Eh, kenapa pulak berbaju Melayu ni, nak tengok Tanda Putera ke? huu, songkok mana? Takde lah, hari Khamis yang lepas, family aku ada buat majlis kesyukuran dan doa selamat untuk family kami. Ye lah, adik aku nak amik SPM dah, aku and Along pulak akan memulakan semester yang kelima kami di UiTM.
Majlis ni kecil je, tak ajak ramai tetamu pun. Ayah ajak orang surau dengan family masing-masing. Lepas Isya je majlis pun bermula.
Menunggu ketibaan tetamu, for your information aku tak pergi surau malam tu sebab baru je balik dari kerja dalam pukul 8 malam. Sampai je terus sembahyang maghrib, mandi and tolong kemas ruang depan tu..
Bacaan Yasin dan tahlil membuka majlis pada malam itu. Kat bawah ni untuk lelaki je
Yang sini pulak untuk wanita. Ni kakak aku yang snap.
Makan time. Mak aku yang masak ni, dengan bantuan along and isteri Uncle Mat. Takdenya nak catering-catering, sebab event kecik je..:-)
Penat weyh, ingat nak tidur je bila sampai rumah hari tu. Tapi since ni event family, takkan lah nak biar je..hadap je la
Dah lama rumah ni tak buat majlis. Tak silap aku last buat camni time aku and along mula-mula masuk degree 2 tahun lepas.
Organizer mana boleh makan sekali, kena layan tetamu dulu. Tapi, aku layan movie je lah. :-p
Bersama kakak aku.:-)
Time ni ramai tetamu dah balik, cuma tinggal berapa kerat je lagi yang tengah syok pekena kopi panas dengan rokok yang tak putus-putus..huu, biasa lah, orang tua..:-)
Ngantuk gilos time ni..Terlelap sekejap, huu..tapi ni fake lah..:-p Nasib baik hari Khamis tu last day aku kerja kat Onyx, so semalam puas jugaklah aku tidur seharian..hii
So, itu lah cerita event yang dianjurkan oleh family aku. Bukan rumah terbuka Syawal but majlis kesyukuran sebagai tanda syukur kepada Allah yang mengurniakan kesenangan bagi family kami. Bak kata ayah, kesemua anaknya menjadi - dua orang kat IPTA, yang sorang lagi kat SBPI. Alhamdulillah dan syukur atas nikmat ini Ya Allah.
No comments:
Post a Comment