Sunday, August 4, 2013

Kisah AKU n Sistem Panggilan Suami Isteri

Assalamualaikum semua, hari ni suka aku nak kupas tentang satu topik yang agak menarik untuk dibincangkan dalam rumah tangga. Rumah tangga? Kau dah kahwin ke bro? haha, belum lagilah. Petang tadi aku ada baca buku yang bertajuk "Melayu Bandar" karangan Han Xiao@Indah. Seorang graduan dari Universiti Beijing didalam Jurusan Bahasa Melayu. Dan aku terjumpalah topik ni.

Baiklah, topik yang aku nak kongsi ni ialah sistem panggilan antara suami isteri dalam kalangan masyarakat Melayu di bandar. Sistem panggilan keluarga merupakan lambang warisan masyarakat dan memberikan sedikit gambaran tentang nilai-nilai sesuatu komuniti atau sesebuah keluarga itu.

Berikut merupakan statistik panggilan isteri kepada suami:

Panggilan - Responden

  1. Abang/Bang - 34
  2. Sayang/Yang - 8
  3. Sweetie/Honey - 1
  4. Awak - 3
  5. Singkatan Nama - 1
  6. Bapaknya - 0
Panggilan abang/bang masih menjadi panggilan yang paling umum kerana ianya kedengaran lebih hormat. Ni pulak statistik panggilan suami kepada isteri:


Panggilan - Responden

  1. Adik/Dik - 1
  2. Sayang/Yang - 13
  3. Sweetie/Honey - 1
  4. Awak - 4
  5. Singkatan Nama - 26
  6. Maknya - 2
Panggilan "singkatan nama" menjadi pilihan suami kepada isteri. Panggilan "sayang/yang" mendapat tempat kedua dalam pilihan suami kerana kaum wanita lebih suka untuk dimanja..:-) "Sweetie/Honey" didapati kerap digunakan oleh pasangan Melayu berpendidikan tinggi khususnya pasangan yang mendapat pendidikan dan pengaruh dari Barat. "Awak" pun jarang diguna sebab kurang romantik. (Han Xiao, 2010)

So, kome prefer yang mana?

No comments:

Post a Comment