Monday, August 4, 2025

Kisah AKU n Forum Perdana: Teras Pembentukan Jati Diri Remaja

Assalamualaikum,

Entri pertama bulan Ogos nampaknya. 

3 Ogos 2025, seperti yang dirancang aku dan family meluangkan masa ke Surau al-Ansar Sungai Buaya untuk menghadiri dianjurkan pihak Masjid dengan kerjasama PIBG SKBSB dan SMKBSB. Sampai surau dalam jam 7.20 petang untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Bro ni stay dengan abah, while wife bawak Iman kat bahagian Muslimat. Aku dapat duduk luar je sebab surau ni tak sebesar Masjid Jamek, kapasiti main hall pun tak besar

Program bermula dengan ceramah perdana oleh Saudara Syamsul Debat yang menyentuh topik keibubapaan, specifically "Teras Pembentukan Jati Diri Remaja". Memang elok sangat topik ni patutlah sekolah pun ada involved sama. Remaja sekarang ni memang aku perhati banyak yang mengarut. Haha. Waktu aku dan ayah ngeteh kat Mamak lepas solat Jumaat minggu lepas, ada sorang budak ni main amik je kerusi kat meja kitorang. At least tanyalah dulu ada orang ke tak. Pfft
Ada lah dalam sejam jugak ceramah tu, tapi tak terasa lama pun sebab penceramahnya memang pandai engage dengan audience. Nak dekat pukul 10 jugak baru nak solat Isyak. Start pun ada delay sikit malam tu, plus ada sesi Q&A.
Before balik ada jamuan yang disediakan. Kari Kambing yang mahal tu. Huu 
Makan dengan Fariq je. Elok pulak bro ni makan kambing, mungkin lapar kot. Haha
Tengok budak-budak ni main kat compound surau, actually nak bagi jalan clear. Jem kot nak keluar, punyalah banyak kereta nak keluar. Jalan kecik je..:-p
Balik sambung buat kerja, minggu budget dan strategy planning memang buat aku sakit jiwa betul. Haha

Okay tu je lah cerita malam ni. Pening kepala lah, nak tidur awal sikit.

No comments:

Post a Comment