Sunday, August 7, 2016

Kisah AKU n Hit The Green!

Assalamualaikum,

Perghh, bukan main lena lagi aku tidur tadi. Tidur pukul 6 petang, pukul 10 baru terjaga. Letih sangat kot, Apa yang hang buat sampai letih-letih ni bro? Haa, ni lah nak cerita sikit aktiviti aku pagi tadi bersama rakan-rakan sekerja. Nak dijadikan cerita, time hari pertama aku bekerja dimana I was being introduced to our Group's Sports Club or known as Kelab KITA, aku ditanya oleh the Club President, En.Hafizee tentang sukan yang biasa aku main. Without much hesitation, aku pun jawab "I'm a bowler, lawn bowler..". 3 hari lepas tu, aku terima call from En. Khairul, where he invited me for a training session bersama ahli kelab yang terlibat untuk Kejohanan Sukan Kementerian Kerja Raya 2016.
So, just this morning kami berenam went to Kompleks Belia & Sukan Negeri Sembilan yang terletak di Paroi. Kami bergerak from HQ pada pukul 7.45 pagi, singgah breakfast di lay-by Nilai dan sampai ke destinasi sekitar jam 9.45 pagi.
This is the green yang ada kat kompleks sukan ni. Karpet, which I hate so much..haha
Since I'm an ex-bowler, I have my own set - 4 biji bola Henselite Emerald 2H dan cracked jack (adik pecahkan kat kampung hari tu..huu).
Ni lah En. Khairul. Colleague yang bertanggungjawab register aku didalam team boling padang company. Kalau dia tak invite, takdenya aku dapat melepaskan rindu bermain benda alah ni. Mana taknya, last aku play this game time SUKOL 2014, almost 2 years ago..:-)
We start our training session around 10 AM. Since ada enam orang, kami praktis main ikut format mixed triple tadi. 
Tapi tu lah, aku ni sejak kenal lawn bowls tak pernah main format selain men's fourth. hentam je lah labu..:-p
Memang menggamit kenangan betul main tadi. Dah lama tak rasa excited camni where you guys can feel your blood and adrenaline pumping vigorously inside.
Antara result game kami sepanjang hampir 4 jam berlatih..:-)
Let me introduce my colleagues. From left to right - Mr. Sarman, Mr. Fuad, Mr. Khairul, Mdm. Maiza, Mdm. Su dan juga Mr. Farid. Ada sorang lagi yang tak dapat hadir, Mr. Rodhuan. Apasal aku paling gelap? Haha
Regrettably, I will not be with them untuk kejohanan kali ni since aku ada tugasan penting yang perlu dihantar this week, kebetulan jatuh pada hari yang sama kejohanan. Best of luck and Godspeed kepada kontinjen syarikat kami yang akan bertanding di Larkin pada Khamis ini..:-)
Dismissed around 1.30 PM, we headed back to HQ and arrived sekitar jam 3 petang. Lemau beb drive tadi, nasib ikut jalan dalam je. Kalau lalu DUKE memang peratusan nak tertidur sambil memandu tu tinggi dah..haha

Memang puas sangat dapat reunite dengan lawn bowls ni after hampir 2 tahun melupakannya. In Sha Allah, selepas ni aku akan rajin-rajinkan diri untuk join aktiviti kelab. Dulu sebab takde kawan nak ajak main, so sekarang ni dah ada cukup forum. Bukan setakat forum, kelab terus..huu

P/S: Kalau tugasan tu tak urgent nak hantar minggu ni, memang konfirm aku ikut pergi Larkin..hihi

No comments:

Post a Comment