Sunday, May 11, 2014

Kisah AKU n SUKOL 2014 - Matchday

Assalamualaikum semua, semalam telah berlangsungnya kejohanan Sukan Antara Kolej 2014 UiTM Shah Alam, acara tahunan yang mengumpulkan atlet-atlet dari kolej-kolej residen UiTM Shah Alam dan juga atlet-atlet Non-Resident. Seperti yang korang sedia maklum, aku mendapat peluang untuk bermain di kejohanan kali ni didalam sukan boling padang.
Venue untuk game ni ialah di Sime Darby Bayuemas Sports Complex di Pandamaran, Klang. Ni lah first tournament yang aku join main kat padang karpet, which is sangat pelik sebenarnya..haha
Breakfast kami roti Butterscotch dan juga mineral, tak boleh makan berat sangat nanti asyik nak ke tandas je..:-p
Manager kami, Hizwan form JPNR yang sentiasa berada di sisi kami memberikan semangat. 
Team Lelaki - Dari kiri: Alif (Third), Muzakkir (Skipper), Din (Lead), Farid (Second) dan juga Amin (Reserve)
Team Wanita - Dari kiri: actually, aku tak ingat pun nama-nama diorang ni apatah lagi position :-p

Skuad Boling Padang Lelaki & Wanita Non Resident 2014, bersama manager dan RS Non Resident
Game pertama diorang ni lawan Anggerik. Menang 22-4!
Team lelaki memulakan kejohanan dengan mengalahkan Perindu, 15-5.
Lunch dulu sebelum next game kami pada pukul 4 petang. Lama beb nak tunggu semalam, nak tidur tak boleh, hati tak tenang..haha
Terbungkang ketiduran..lol. Asal aku nak tidur je mesti ada nyamuk datang. 
Team wanita kalah dengan Mawar 10-8 didalam game yang mendebarkan. Tapi masih layak ke separuh akhir, point advantage.
Menjadi "ultras" untuk team wanita..haha, tapi tak boleh bising sangat. Nanti kena marah pulak dengan Pn. Haslah..:-)
 Game kedua kami menentang Meranti berakhir dengan kemenangan sebanyak 20-4.
Kemudiannya, didalam game seterusnya bertemu Jati juga berakhir dengan kemenangan 20-4 dipihak kami. :-)
Waktu ni kalau ikutkan margin score memang dah sure-sure emas dalam tangan. So, last game bertemu Teratai merupakan pelengkap liga sahaja bagi kami. Kalah tipis 7-8.
Bak kata Din, leretan terakhir aku untuk kejohanan didalam UiTM. Serius part ni tiba-tiba sebak pulak bila mengenangkan macam mana aku boleh terjun dalam sukan ni..sobs
Alhamdulillah, merasa jugak satu medal before habiskan pengajian aku kat UiTM and its GOLD!!
Isi KI? Macam shit je..haha, ingatkan dah habis Fisnishing School, dah habislah KI aku. Ada satu lagi rupanya. Lepas ni dapat dua sijil, Sijil SUKOL from NR and Sijil Boling Padang from Pusat Sukan. 
Packing barang-barang kat Camp NR, nak celebrate dengan team wanita yang dapat Gangsa.
Bergambar kenangan bersama pengurus pasukan dan team lelaki yang menunjukkan profesionalisme sukan dan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.
Bye-bye Bayuemas, nanti ada masa aku datang lagi..:-)
Menuju ke KFC Federal Highway untuk meraikan malam yang cemerlang buat Team Lawn Bowls Non Resident.
Dengan RM 120 baki dari elaun team yang tak digunakan, memang cukuplah untuk support 2 team ni semalam. Apa-apapun korang memang the best team yang aku pernah jumpa lah. Goodluck untuk korang ye, sebab ni final semester aku kat UiTM, insya allah. Sedih nak cakap, ni lah last tournament yang aku main kat UiTM ni, sobs..:-(

So guys, maka berakhirlah tournament terakhir aku untuk sukan boling padang kat UiTM ni. Sukan yang aku jumpa waktu Semester 3 ni ternyata bagi impak yang besar bagi aku, memang menyesal sebab tak tau pun kewujudan sukan ni sebelum diletak menjadi pengurus time SAF dulu, tapi bersyukur sebab diberikan masa untuk mengenal boling padang ni. Terima kasih!

No comments:

Post a Comment