Sunday, May 4, 2014

Kisah AKU n Bersiar Malam di Uptown Shah Alam

Assalamualaikum, tadi aku dan housemate berjalan-jalan kat area Shah Alam ni. Asalnya nak tunjuk jalan kat sini, selain tempat-tempat menarik yang ada. Since dia pun asal Johor, so nak kenal jugaklah beberapa hot-spot dan short-cut yang ada kat Shah Alam. 
Lepas je kami solat Isya' di Surau Al-Islah, aku pun mencadangkan Uptown Shah Alam yang terletak di Seksyen 24. Asalnya nak tunjuk jalan je, pastu bro tu pun okay je untuk masuk dalam. Kami pun berjalan-jalan lah kat dalam Uptown tu tanpa ada niat nak beli barang..:-)
Ni lah housemate baru aku. Zuhaili namanya, student Master kat Universiti Teknikal Malaysia, Melaka tapi buat research kat Shah Alam. 
Nak amik gambar je sebenarnya..haha
Tengok-tengok jersi pulak. Banyak sebenarnya nak beli kat sini tapi tak bawak duit pulak. So, down jugak lah tadi..:-(
Bergambar dengan trofi replika World Cup. Korang tau tak yang kat bawah trofi tu ditulis nama pemenang-pemenang WC from 1930 dan dijangka cukup untuk memuatkan senarai pemenang sehingga FIFA 2038..haa
Berminat dengan jersi France tadi. Tapi gua ni minat Nazi Jerman..lol
Eh, jersi Selangor pun okay jugak ni. Bukak wallet, memang tak cukup lah sebab tak cucuk duit lagi..sobs
Singgah jap kat kedai fevret aku untuk baju kemeja dan seluar slack. Actually, beli kat Uptown ni lagi best sebab banyak baju ada saiz aku as compare to emporium tu. Harga pun boleh tahan, yang paling best boleh pakai kad siswa tau..:-)
Tapi tu la, malam ni tak beli apa pun sebab tak bawak duit sangat. Datang mengusha baju je tadi.
Having late dinner sambil main Respawnable kat henset. Tak sangka bro ni pun layan game ni jugak..haha
Mengusha awek..haha, takde lah. Tengah tengok M.U punya game tadi. Kesian kalah, buat M.U supporter, Newcastle kalah 6 game berturut-turut, aku rilek je..haha
Tiba-tiba berminat nak pakai cincin balik lepas hampir 6 bulan jari aku ni kekosongan. Tapi tu la, tak bawak duit, so lupakan lah sekejap niat tu. Next time aku beli lah.
Dalam pukul 11.30 kami pun meninggalkan Uptown Shah Alam ni dan menuju ke Seksyen 7. Malam ni aku nak siapkan practical report. Tak kira jugak, lantaklah tak tidur ke apa, janji aku nak siapkan. Minggu depan akan jadi lebih sibuk daripada minggu-minggu sebelumnya.

Kepada warga Shah Alam, sila lah datang ke Uptown Shah Alam ni. Gerenti tak menyesal. Ok lah, nak start buat report ni, till then..take care semua!

No comments:

Post a Comment