Assalamualaikum semua, tadi telah berlangsungnya modul Finishing School, modul terakhir peringkat degree ni bagi siswa dan siswi UiTM yang menuntut didalam program ijazah sarjana muda. Aku pun tak terlpeas jugak daripada program wajib ni. Bak kat TD, "No Finishing School, No Grad" So, kalau nak graduate and konvo, silalah hadir modul ni. Kalau tak melepaslah nak grad on time.
Macam biasalah, untuk modul ni diwajibkan memakai formal attire, simbolik kepada berakhirnya modul terakhir di UiTM ini dan bakal bermulanya hidup penuh kerjaya untuk student-student semester akhir ini.
Gerak awal jugak tadi dari rumah sebab nak print resume. Tak pakai pun rupanya, sengal betul. Semester lepas waktu jaga modul ni nampak ramai je senior yang bawak resume sekali.
Goyang kaki sambil menunggu siswa dan siswi yang lain. Apa lah korang ni, buat speaker tertunggu-tunggu. Perangai tak ubah sejak Modul Semester 1 lagi, cuba punctual sikit. Macam manalah bila dah masuk alam pekerjaan nanti.
Modul hari ni ceramah je, takde LDK. Sebab sepatutnya program ni esok tapi terpaksa diawalkan sebab bertindih dengan banyak program dalaman UiTM. Even aku pun ada SUKOL esok..huu, nervous pulak ni..:-p
Basically dalam modul Finishing School ni pengisiannya banyak menyentuh tentang resume building, grooming, interview strategies dan aspek-aspek penting yang perlu dititikberat time dah kerja nanti.
Dalam pukul 10.30 kami berhenti rehat sekejap, rehat bendanya. Ada stand up meeting sekejap untuk program-program SASea tu..:-)
Sedondon..haha
Pemandangan Menara S&T from FSPPP.
Sambung ceramah pada pukul 11 pagi dan ditamatkan dalam pukul 1 petang. Yelah, siswa kan nak solat Jumaat. Sempat jugaklah bagi business card aku kat penceramah tadi tu..haha, bajet giloss ko ni Farid.
Maka berakhirlah modul terakhir aku sepanjang menuntut sebagai pelajar ijazah sarjana muda kat UiTM ni. Agak-agak rindu moment tu boleh lah visit blog ni, kenangan dari Modul Semester 1 sampailah ke Finishing School ni. Semuanya telah didokumentasi kan untuk tatapan sendiri, dan rakan-rakan seperjuangan di UiTM ni. Goodluck kawan-kawan dialam pekerjaan nanti. Godspeed!
nice student.
ReplyDelete:-)
DeleteEsok ada finishing school jgak. Cuak la jgak sbb dgr2 ada buat resume berkumpulan pastu kne present. Ish x sukala
ReplyDelete