Saturday, May 17, 2014

Kisah AKU n Dialog Hubungan Malaysia - Singapura & ASEAN Pt. 2

Assalamualaikum semua, entri ni merupakan sambungan kepada entri Dialog Hubungan Malaysia - Singapura & ASEAN Pt. 1. Aku woke up dalam pukul 6.30 pagi pada 16 Mei 2014, dan bersiap untuk menjalankan tugas menjaga queue multimedia dan teknikal untuk event ini.
Belum apa-apa lagi dah berlagak macam model bagai..haha
Final full rehearsal by SASea' team. Aiman tengah rehearse untuk deliver speech dia..:-)
Apsal muka Apai tak ceria je? 
 
Mr. Farid in action..hehe
Workstation aku pada hari kejadian. Nasib baiklah ada extensive experience jugak nak handle benda-benda ni. So, tak ada masalah sangat hari tu..:-)
Bergambar dulu sementara menunggu ketibaan His Excellency, Mr Ong Keng Yong, The High Commissioner of the Republic of Singapore to Malaysia.
 
Majlis dimulakan shortly after the arrival of His Excellency. Talk yang berdurasi selama satu jam setengah ini fokus kearah pembinaan ASEAN Community didalam rantau Asia Tenggara serta menekankan aspek penting didalam hubungan diantara Malaysia dan juga Singapura. Siapa yang nak slide duta ni, boleh lah request kat aku ye..:-)
Sesi Q&A oleh pelajar-pelajar yang hadir, mostly from ASEAN dan Global Affairs students.
Bergambar bersama Azidi, EXCO Multimedia SMF 2014-2015. Bro ni satu team Lawn Bowls dengan aku time SAF tahun lepas..:-)
Ada dua bungkus plastik penuh jugak makanan time hari tu. Tak tau lah if caterer bagi lebih or ada student yang tak attend talk ni. 
Ada gaya Mr. Ambassador tak? hehe
Fuyoo, kereta duta Singapura tu memang buatkan aku teruja gila nak jadi Diplomat..huu
 
Bergambar kenangan bersama His Excellency - Mr Ong Keng Yong, Dekan FSPPP - Prof Zaliha Haji Hussin dan our SASea' Adviser - Dato Yusof Ahmad dan Prof Shaharudin Baharudin.
Dalam pukul 1, kami bersiap untuk pulang ke Shah Alam. Penat jugak nak mengemas dewan tu since Unit Fasiliti pun kekurangan staf.
Sekejap je dapat lepak kat Kampus Seremban 3 ni, rasa macam banyak benda lagi aku nak explore kat sini. Tapi nak buat macam mana, singkat sangat rasanya. Even kawan lama pun tak sempat nak jumpa hari tu...sobs
Around 1.30 petang, kami pun bergerak meninggalkan bumi Seremban. Sepanjang perjalanan unexpectedly aku tertidur. Lena pulak tu, haha. Bangun je tau-tau dah masuk gate UiTM.

So guys, itulah event pertama bagi Persatuan Pelajar-Pelajar Ehwal Asia Tenggara (SASea), Insya Allah pada awal Jun ni event kedua iaitu Pertandingan Mencipta Logo & Tema bagi Kepengerusian Malaysia ASEAN 2015 akan menyusul, dan yang terakhir sekali bagi menutup semester ini ialah pada bulan Julai iaitu lawatan akademik ke sebuah negara ASEAN. Godspeed SASea!

4 comments:

  1. macam pernah nampak la. ada main boling padang utk SAF tahun lepas tak ? huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada. team boling padang FSPPP SAF 2013. jersi kitorang kaler merah.

      Delete
    2. oh betul la. tak salah orang. hehehe

      Delete
    3. main bowls jugak ke SAF tahun lepas?

      Delete