Sunday, May 11, 2014

Kisah AKU n SUKOL 2014 - Award Ceremony

Assalamualaikum semua, petang tadi aku sempat menghadiri upacara penyampaian medal dan piala kepada pemenang-pemenang SUKOL UiTM. Tak sangka pulak dapat menang something from sukan kat UiTM ni, dulu ingatkan kalau nak aktif pun banyak kat organisasi je. Rezeki Allah kan, siapa lah kita nak menolaknya.
Tengah tunggu turn ni. Dapat lah tengok wajah kegembiraan atlet-atlet yang join SUKOL ni. Buat adik-adik yang baru nak masuk universiti, aktif kan lah diri anda sikit, jangan tau nak dok bilik study je. Tak kemana pun CGPA 4.00 kalau kokurikulum hampeh.
Bersorak bersama-sama atlet-atlet dan penyokong from NR. Kami satu hati, satu jiwa!
Skipper yang mainkan impak yang besar semalam, Muzakkir dan Amin yang banyak memberi sokongan mental kepada kami.
Amira belum send lagi gambar kami atas podium bersama En Mustaza Ahmad (Pengarah Sukan UiTM) tadi. Tapi takpelah, team lelaki bersama pingat dan piala iringan.
Team Teratai, naib johan yang sempoi dan kelakar..:-)
Team wanita yang mendapat gangsa. Tahniah, diorang kalah tipis je time semi hari tu. Respek betul kat diorang ni yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Sampai menangis skipper diorang semalam aku tengok. Takpelah, korang ada chance lagi nak main. Aku ni dah tua.....tua lah sangat..lol
Bergambar kenangan bersama-sama. Nanti kalau nak turun main, call lah nombor kat business card yang aku bagi tadi..haha. Bajet betul aku ni bagi biz card SASea kat diorang..haha

I'm really proud for this. Terharu sebenarnya..huk
So, apa lagi yang ko nak Farid? Sijil-sijil aktiviti dalam SMF dah bersepah-sepah, yang SASea ni pun waiting in line je especially event peringkat kebangsaan yang ternyata bagi impak besar dalam resume kau, sukan pun ada something yang boleh dibanggakan dengan medal ni.

Apa lagi? Rasanya dah accomplished kot, sekarang ni let finish this final semester dengan CGPA yang average (sebab tak berapa cemerlang lah aku letak average..haha) dan juga graduate on time. You can do this Farid!

2 comments: