Assalamualaikum pembaca-pembaca sekalian, semalam aku menghadiri sebuah lagi meeting bagi tujuan pertandingan mencipta logo dan tema yang bakal dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama SASea/FSPPP. Banyak kan meeting? huu, mestilah dah aku pun telah diberi amanah untuk menyelia urusan publisiti dan informasi, dah tentunya kerja biro ni agak sibuk bagi awal-awal persediaan program.
Delegasi meeting kali ni disertai oleh aku sebagai Ketua Biro Informasi & Publisiti, Amirul Syafiq iaitu ad hoc untuk biro ni, dan juga our Project Manager - Safira. Wakil pensyarah ialah our club's adviser, Dato' Yusof Ahmad.
Kami berjaya mendapat appointment untuk mengadakan sesi temuramah bersama akhbar KOSMO! dan juga Utusan Malaysia. Terima kasih yang tak terhingga kepada Amirul Syafiq yang mendapatkan contact number bagi kedua-dua akhbar ni..
Didalam bilik mesyuarat KOSMO!. Cantik office kat sini, unlike office oil and gas yang agak cliche. Pejabat media memang agak santai dan kasual..:-)
Ditemuramah oleh wartawan media KOSMO! bagi tujuan rencana.
Menyertai sesi temuramah dengan memberi personal opinion dan justifikasi program kepada public, dan Malaysia khususnya.
Selesai sesi temuramah bersama KOSMO! ,kami pun menuju ke pejabat Utusan Malaysia yang berada dibangunan yang sama.
Menunggu wakil media from Utusan Malaysia. Kat sini pun cantik jugak office. Hari ni first time aku masuk balai berita. So, agak kagum jugak lah dengan environment kerja kat sini.
Amirul Syafiq or Mon yang mengikuti kedua-dua meeting bersama aku sejak semalam. A very good and committed person. :-)
Sempat lagi tengok bola kat TV..hehe. Lama jugak tunggu media rep tu tadi sebab beliau ada meeting. Alhamdulillah, kami melalui prosedur yang sama bagi temuramah disini dan hasilnya bagi aku sangat memberangsangkan -
Bergambar kenangan before meninggalkan ibu pejabat KOSMO! dan Utusan Malaysia. Ribuan terima kasih saya ucapkan bagi pihak Kementerian Luar Negeri, UiTM, FSPPP dan juga SASea kepada Datuk Baharum Mahusin, dan juga En. Azman B. Annuar atas kerjasama yang diberikan.
Kami bergerak from Kuala Lumpur dalam pukul 5.30 petang dan tiba di Shah Alam kira-kira pukul 7.20 petang. Balik je rumah, terus bukak official site for this competition sebab seharian ni orang kementerian asyik call aku je sebab katanya ada problem dengan blog tu. Alhamdulillah, berjaya jugak aku fix kan tadi.
So, itu lah meeting ketiga aku pada minggu ni. Hari Jumaat ni bakal ada satu lagi internal meeting melibatkan kami dan juga Jawatankuasa Induk yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah. Ok lah, nak prepare untuk pembentangan biro ni. Got to move fast now, take care semua!
No comments:
Post a Comment