Tuesday, July 19, 2011

Kisah AKU n Topik : Kenapa Naik Bas?

Well, seperti yang korang semua sudah tahu, setiap hari aku pergi kerja naik bas, balik pun sama. Adik angkat aku selalu tanya.."Kenapa naik bas, abang kan dah ada lesen". Habis tu nak tunggu takde lesen baru nak naik public transportation, asal ada lesen je boleh drive. Ada sebab kenapa aku lagi suka naik bas. Walaupun kena bangun awal pagi semata-mata untuk mengejar bas TM-KL pukul 0645 pagi - public transportation ini ada kelebihannya jugak. Agak-agak korang, kenapa aku suka naik bas.

First, minyak. Sehari aku allocated RM 8 for tambang pergi dan balik - 5 hari dah RM 40, sebulan - lebih kurang RM 180. Berlawanan dengan minyak kereta - seminggu Sg.Buaya - Bukit Beruntung pun boleh cecah RM 50 - sebulan RM200, baru ulang alik dari rumah ke terminal bas, kalau nak pergi KL hari-hari pergi dan balik, agak-agak berapa ek??

Second, simpan tenaga. Perjalanan from terminal Bukit Beruntung ke Stesen LRT Masjid Jamek normally satu jam, bergantung kepada keadaan, kalau ada massive traffic jam or bad weather - maybe extend sikit tapi tak banyaklah. So, dalam perjalanan tu, kalau ngantuk aku tidurlah, nak simpan energy untuk kerjalah katakan. By contrast, kalau kita memandu - kita kena fokus, ada ke orang drive kereta sambil mata terpejam, mungkin inilah yang dimaksudkan dengan frasa "penat atas jalan" kata ayahku dulu.

Third, 1 Malaysia. Bila dalam bas, kami rasa macam dah jadi satu keluarga. Kalau korang naik macam biskut, mungkin tak rasa - tapi, kalau dah nak 3 bulan asyik menghadap muka diorang - tak ke ada rasa lain. For example, ada seorang uncle itu aku mesti tau time dia masuk pukul berapa, kadang-kadang aku tolong reserve kan seat untuk dia. 1 Malaysia, yalah, kau ingat orang Melayu je yang tahu naik bas. Pemandunya berbangsa India, konduktor pun India jugak..penumpang mostly Melayu, jarang nampak Cina sebab diorang ni suka drive kereta - nak tayang BMW, Chevrolet diorang la katakan.

Fourth, enjoy the scene. Apa pulak ni? Kalau berada dalam bas, bagi siapa yang duduk tepi tingkap memang akan dapat satu vantage point yang menarik - sebab bentuk bas tu tinggi-besar, so, kita mampu melihat pemandu yang berada dibawah. Contohnya, aku selalu tengok pemandu menjerit-jerit (nyanyi lagu favourite kot..), 18 sx pun ada jugak - seorang pakcik tua tu ada seorang perempuan muda pegang dada dia waktu tengah drive..WTH!!. Basically, dah duduk atas ni, macam-macam lah boleh nampak.

Fifth, speed. Apa yang best pasal bas ialah kelajuan. Kalau kita memandu kereta, kita mampu nak potong kereta lain. Tetapi, adakah kita mampu nak potong bas yang panjang dan besar itu. Kalau nak terperosok bawah bas tu. Silakan. So, kebanyakkan kereta akan memberi laluan kepada bas yang gagah ini. Ada pemandu yang cuba potong, tapi last-last, "Eh, macam kenal je akak ni - tadi bukan dia dah potong ke"..That's mean, potong boleh, tapi oleh sebab korang kecil - korang terperangkap lah balik.

So, bestkan naik bas. But, itu semua depends kat koranglah - kalau aku dah besar nanti pun, aku lagi prefer drive sendiri..ha3x

TM-KL 626

7 comments:

  1. yup.. aku sokong.. org pk naik bas or lrt ni low class tapi byk benefit nyer..

    ReplyDelete
  2. org naik public transportation ke tempat kerja ni jenis yg x ske buang masa..dtg on time je..

    ReplyDelete
  3. boleh th x ptg bus tm-kl ke bukit beruntung ni ada kul berape
    nk tgu katne?pg mmg ada kul 6.45 je ke?

    ReplyDelete
  4. x silap saya - pukul 6.00, 6.15, 6.30, 6.45 and 7.00 kot..sebab dah lama jugak saya tak naik.

    ReplyDelete
  5. ptg ada3 trip bas TM dari Pudu raya (Pudu Sentral) ke Bkt Sentosa iaitu 5ptg, 7ptg dan 8.30mlm. itu blum bas SJ ada 3 trip juga tapi tahu masanya.

    ReplyDelete
  6. Bus dr pudu sentral ke bukit sentosa nk tunggu kat mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah beli tiket two way waktu kat terminal bukit sentosa, boleh terus turun ke platform je - saya tak ingat platform berapa tapi boleh cari lah bas yg kaler kelabu-hitam tu..kalau just beli tiket one-way je, naik atas tmpat ticketing tu, beli tiket pastu turun platform yang sama.

      Delete