Masih aku teringat pada malam Datuk Seri Muhyiddin Yasin melawat Bandar Sungai Buaya ketika Pilihan Raya Hulu Selangor pada tahun lepas, aku ialah salah seorang penerima anugerah kecemerlangan SPM dan oleh itu kerajaan bermurah hati untuk memberi sumbangan kepada kami, bukan sahaja pelajar SPM, malah PMR,UPSR, Ko-Kurikulum dan banyak lagi. Selepas tamat sahaja upacara penyampaian sumbangan itu - akupun berjumpa dengan rakan-rakan sekelasku, terkejut aku bila salah seorang daripada mereka mengatakan yang aku menerima rasuah daripada kerajaan - dia menganggap sumbangan itu sebagai propaganda kerajaan untuk memenangi hati rakyat. Kemudiannya, dia dengan bangganya menunjukkan panji propaganda UMNO-APCO yang berkibar di sekitar Bandar Sungai Buaya sambil berkata "Ini semua Yahudi - diorang ni akan menang!!", lalu kawan-kawanku pergi meninggalkan aku keseorangan. Aku terdiam dan terduduk di bawah lampu jalan sambil melihat bendera biru - putih bersimbol dacing yang gugur di atas rumput - "sampai hati diorang cakap macam tu kat aku" getus hatiku. Aku jadi takut, usaha kerajaan hancur macam itu sahaja, Hulu Selangor asalnya dipegang oleh PKR dan boleh dikatakan kubu kuat mereka di Selangor - Difahamkan, Barisan Nasional gagal mempertahankan Selangor didalam Pilihan Raya Umum 2004 membuatkan ia jatuh ketangan parti pembangkang. Alhamdulillah, akhirnya BN berjaya memenangi hati rakyat dan Hulu Selangor berjaya ditawan semula menjadikan ia kawasan pertama dirampas dari Pakatan Rakyat di Selangor. Sejurus mendengar berita itu, aku menarik nafas lega - tapi, rakan-rakanku semakin menjauhkan diri daripadaku.
Beberapa minggu kemudian, aku mendapat tawaran daripada UiTM untuk menyambung pengajianku didalam program asasi undang-undang. Tersangatlah gembira hati ini, bukan senang nak masuk universiti kataku lagi. Tapi, aku merahsiakan berita ini daripada rakan-rakanku yang kebanyakkan daripada mereka meneruskan pengajian di matrikulasi dan politeknik. Sampailah seminggu selepas pendaftaran -yakni, hari tamatnya Minggu Destini Siswa dimana aku uploaded beberapa pictures kenangan minggu pertama di UiTM - berita itu telah tersebar. Hari raya pun tiba, aku dan seorang rakan menziarahi rumah taulan di Sungai Buaya, kami pun bersembanglah tentang pengalaman belajar di universiti. Bila aku membuka bicara tentang UiTM, salah seorang daripada mereka bersuara "Errmm..patutlah boleh masuk, universiti bumiputera lah katakan.." katanya sambil ketawa. Ya Allah, sentapnya hatiku bila mendengar seorang kawan yang aku sangka baik berkata begitu - sejak hari itu aku tak pernah percaya yang aku ada kawan rapat - dan sejak itu, aku jadi tertanya-tanya, apa salahku masuk UiTM ni?? .
Selepas itu, aku mendapat jawapannya, kenapa UiTM sering direndah-rendahkan oleh manusia-manusia macam ni - First, mungkin disebabkan sistem kuotanya, Second, penubuhannya yang bagi mereka berpaksikan diskriminasi kaum - affirmative action.UiTM ditubuhkan berdasarkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Aku selalu terbaca kutukan, kritikan dan makian di forum-forum yang disubjectkan kepada mahasiswa-mahasiswi UiTM. Ya, mungkin ada diantara kami yang menyalahgunakan peluang yang diberikan kerajaan dengan memburukkan nama dan imej universiti, tetapi, ingatlah wahai bangsa Malaysiaku, tujuan universiti ini ditubuhkan adalah untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera untuk meningkatkan taraf hidup kami, untuk seiring bersama-sama bangsa lain - persoalannya, jika kamu merasa bangsa kamu lebih hebat daripada kami, lagi bijak, lagi kedepan. Mengapa perlu mempersoalkan status universiti ini sebagai universiti bumiputera, mengapa perlu mempersoalkan sistem kuota (walaupun ini satu isu yang agak lama tidak disentuh). Adakah kamu semua rasa tercabar apabila semakin ramai intelektual-intelektual Melayu dan Bumiputera dilahirkan dari institusi ini? ataupun kamu semua sebenarnya tidak mematuhi Perlembagaan Persekutuan kita? Ingatlah Perlembagaan kita, tunjang kemerdekaan kita, adalah hasil toleransi tiga kaum dan nenek moyang kita terdahulu. Aku yakin jika tiada toleransi dan kesefahaman diantara mereka dahulu, kita mungkin masih menyanyikan lagu God Save The Queen sambil memerhatikan Union Jack dinaikkan. Adakah mereka cuma bersetuju akan perlembagaan itu dan selepas mendapat kemerdekaan, masing-masing akan berpecah seperti apa yang Singapura dan Lee Kuan Yew lakukan??
Kadang-kadang, aku berfikir, kenapa baru sekarang aku baru mengambil berat akan lahirnya aku dari darah orang Melayu. Mungkin, dahulu aku ramai berkawan dengan rakan-rakan dari bangsa lain, aku bergaul dengan mereka tanpa mengira bahasa, warna kulit dan agama. Tetapi, lagi banyak aku mengorek tentang sistem politik negara Malaysia ini, semakin mendalam aku belajar tentang artikel-artikel yang perlu disemat didalam hati Melayu. Pentingnya artikel-artikel ini, wujudnya "mereka" ini didalam Perlembagaan Persekutuan bertujuan untuk melindungi hak-hak peribumi tanah ini. Nasib "mereka" ini bergantung kepada Duli Yang Maha Mulia, jika mana-mana pihak - tidak kisahlah samada mereka ini dari parti mana pun - ada agenda mereka yang tersendiri - aku cukup takut YDPA hilang kuasanya sebagai Kepala Negara, aku takut "mereka" ini dipinda, aku takut Bumiputera, Melayu yang dahulunya bergantung kepada "mereka" ini akan hilang semuanya. Aku takut kita menjadi hamba dan pelarian di tanah sendiri, aku takut kita dihalau dari tanah ini. Aku menyeru kepada bangsa Malaysiaku, marilah bersama-sama kita buang sikap hasad dengki kita, bersatu padu dalam usaha membentuk negara Malaysia yang gemilang, menghormati Perlembagaan Persekutuan, mematuhi Rukun Negara.
Pesan untuk Melayuku, janganlah berpecah belah jika hanya mahu berada diatas - sejarah
membuktikan jatuhnya Melaka, disebabkan ketamakan kuasa. Pintu Kota Melaka dibuka pengkhianat bangsa, penjajah membolosinya dengan mudah - walaupun begitu, rakyat Empayar Melaka berjuang bermati-matian mempertahankannya.Aku tidak mahu kita dijajah sekali lagi, dan yang paling teruk - dijajah minda. Apabila kita berpecah, maka senanglah musuh negara menceroboh, mahukah kita melalui 446 tahun hilangnya nikmat kebebasan seperti yang dialami nenek moyang kita dahulu. Pastinya tidak.
Konklusinya, renung-renungkan lah pesanan ini wahai Malaysiaku.
Demi negara yang tercinta kucurahkan bakti penuh setia, demi Raja yang disanjung tinggi, kesetiaan tak berbelah bagi...
No comments:
Post a Comment