Lepas ni dah tak boleh lepak kat NZ lagi mau breakfast - boleh je nak lepak tapi kalau nak merasa join mat bangla and indon duduk dalam van jenazah, buat la. so, sebelum nak pergi terawih, sempat la jugak nak update memori untuk hari ni - iaitu, shopping barang-barang untuk berpuasa - stok makanan yang dah nak habis especially for sahur, dimana aku memang malas nak bangun and makan makanan yang berat lagi mengenyangkan - takut-takut kat office tertidur ataupun lagi teruk tertidur dalam bas yakni terlewat masuk office.
mengetahui yang hari ni mungkin last day dapat makan dengan adik kat sekolah dia, aku pun membelanja family aku KFC err, again. duit lagi bai, but it's okay, rasa puas dapat menunjukkan rasa bertanggungjawab kepada keluarga - at least, biar kedekut duit kat diri sendiri, jangan kedekut kat keluarga and awek..ha3x, dengan kawan, nak kedekut boleh jugak kan??
tak lama pun kitorang jumpa dia hari ni - just ambil baju kotor dia, makan, tunggu dia belasah laptop aku..then balik..oops, tak lah. petang tu kami berempat pergilah singgah ke TESCO Bukit Beruntung, plan asal cuma nak bersiar-siar bersama sebab jarang kami berempat keluar bersama - kata mak, dulu waktu aku dan kakak aku kecik, ayah selalu bawak kitorang pergi taman tasik titiwangsa, jusco pandan jaya dan lain-lain tempat riadah lepas dia balik kerja..yalah, dulu duduk kat KL, ada je tempat nak keluar..sekarang ni dok kat Rawang, apa je la yang ada - itupun Templar Park, eh silap..Templer Park dan jugak Taman Rimba Komanwel, selalu jugak pergi waktu mula-mula pindah.
so, bersiar-siar didalam TESCO sambil mencari barang-barang yang tak tau nak beli ke tak - ni nak basuh kereta walaupun bukan aku yang basuh, tau bawak je kan..err, tough tak aku??
time parent pergi cari barang untuk bulan puasa, aku and kakak pergi merayau kat tempat budak-budak..gambar kat atas : inilah akibatnya bila aku dah sampai kat tempat-tempat "tarikan" ni..tak dapat pegang baby betul, teddy pun jadilah..btw, encik teddy, anda mempunyai tekstur kulit yang lembut..awak sangat ohsem!!
kenapa beli kat TESCO, sebab ada promosi - bayangkan air kotak yang besar gila, tak pastilah berapa liter. diorang jual 8.00 ringgit for 2 kotak, selalunya 6.00/kotak..
ingatkan ayah nak balik then dia bawak kami pergi mamak.. aku order la teh lapis, sebab dulu waktu kat uitm - minuman ni memang jadi kegemaran m.g joe dengan aslah gustavo..
err..lupa nak bagitau - tadi aku beli benda ni, semuanya sebab teringat kat m.g joe yang selalu pukul aku kat uitm, habis kaki aku terkehel, dada jadi merah dan macam-macam kecederaan lagi..lepas ni, aku plan nak bagi sebijik kat kawasan "X" kau..wink3x
apa-apa pun - mr.mcbride mengucapkan selamat berpuasa kepada setiap jiwa bergelar muslim, jangan lupa terawih malam ni..
No comments:
Post a Comment