Semalam memang boring betul, pagi-pagi lagi dah bangun nak pergi JPN, nak buat IC baru - yang lama tu macam biskut, sekejap boleh detect, sekejap cip rosak. Mana taknya dari darjah 6 aku pakai IC tu, muka pun dah macam doraemon aku tengok. So, memang sesuai sangat nak buat yang baru kan. Setibanya kat JPN, tak lama pun lepas tu kena panggil dengan akak kat kaunter tu - ingatkan sekejap, last-last 15 minit habis nak detect cap jari je. Kakak tu cakap, corak cap jari aku yang berbentuk "S" ni special sikit - memang susah nak kesan. Kan aku dah cakap, aku ni the special one. Diorang tak nak percaya. Yang tak boleh belah langsung asal tak boleh detect, mesti akak tu pegang jari aku bagi attach betul-betul kat mesin biometrik tu. Senyum sorang-sorang aku..ha3x. Finally, dapat detect jugak. Lepas tu, sesi ambik gambar pulak - kalau dulu, muka nerd gila pakai specs bulat plus muka chubby kan, sekarang ni aku tanggal specs aku thus unleashed "chinese look" aku ni..ha3x, biar susah polis nak kesan..ngeeex. 3 minggu lagi dapatlah IC baru aku tuwh..
Lepas JPN, aku bergerak ke BIMB..erm, Bank Islam sekejap. Nak joint kan account Tabung Haji aku sekali dalam kad BIMB tu. Senanglah sikit nanti - tak payah pakai buku akaun kalau nak keluar duit Tabung Haji. Isi borang dulu then ambik nombor..sebab tak ramai orang kat BIMB tu, belum sempat nak duduk dah nombor kena panggil - Aku terpaku sekejap lepas terpandang perempuan yang stationed dekat kaunter tu, mirip sangat muka dia ni. Apa kau ingat dia seorang je ada rupa macam tu. "Ye encik, apa boleh saya bantu?". "Er..nak masukkan account TH dalam BIMB, ni borangnya..". "IC encik??" . Akupun mengeluarkan IC lamaku yang kelakar tu - "Cip ni rosak lah, lesen memandu ada?" dia tanya aku. "Erm..ni dia..nasib baik baru buat IC baru". 'Encik duduk dulu, nanti saya panggil..". Tunggulah sekejap dalam 10 minit then dia panggil nama aku. Berderau darah siot, "Ini IC and BIMB card encik, boleh cuba dekat ATM.." katanya sopan. Alamak, boleh jadi gila aku kalau pandang muka akak ni lama-lama. Akupun bergegas ke ATM BIMB didepan bank itu dan try la seround. Alhamdulillah, account TH dah diactivatekan. Selepas itu aku kembali semula ke kaunter itu dan confirmkan. "Terima kasih kerana berurusan dengan kami" katanya sambil tersenyum. Errk..tak boleh jadi ni, jom Farid - kita keluar.. Apa yang best tentang joint account ni - duit dalam bank naik dengan mendadak berikutan penambahan from akaun TH..wink3x
Pertengahan waktu ni, aku bertikam lidah dengan ayah aku - dia cakap aku tak bertanggungjawab untuk tolong kakak aku dalam proses kemasukan ke UiTM, aku bagilah bukti yang menunjukkan aku dah tolong print, save dokumen tawaran etc, scan medical dokumen HKL and IJN kakak aku..tapi, dia still tak percaya - last-last aku tak bercakap langsung dengan dia - ayahku pun sama. Ayah, kita ni sama-sama ego lah. Like father, like son eh??. Aku dah cakap, aku akan minta maaf kalau aku tahu aku memang salah, tapi kalau aku betul - dah tunjuk segala bukti, then orang tu tak nak percaya. Jangan haraplah.
Ingatkan lepas balik Sg.Buaya nak pergi SMKBSB sekejap, nak mintak pengesahan akuan pendapatan untuk proses kemasukan ijazah aku..tapi, lupa pulak jam dah tunjuk pukul 2 petang. Tak tahulah kenapa cepat sangat masa berlalu, sampai-sampai nak pergi TESCO - beli baju kemeja pun tak sempat. Dalam pukul 3.00 petang, familyku (ayah, emak and along) dan juga Mak Tok (jiran aku merangkap nenek angkat kat Sg.Buaya ni) pergi Gombak, tak tahulah apa diorang nak buat - mak cakap pergi Pusat Perubatan Islam yang ada Ashraf Muslim tu. Kepenatan, aku tak nak join dengan alasan esok nak kerja (sebenarnya tak nak tambah konflik dengan ayahku), akupun tidurlah sampai Maghrib.
Dah malam, tak balik lagi - perut dah lapar gila ni sebab breakfast je tadi. Then, lepas solat, ayah call cakap lama lagi - mungkin pukul 12 tak sampai rumah. Aku cool je cakap, boleh tahan lapar lagi tapi dalam pukul 10.00, tak tahan lah weii..
Let's Do It, Chef Farid..
Ni la dinner ekspres yang aku buat semalam - roti gardenia, 2 hamburger meat and omelette..Nafsu la katakan. Alahai, untunglah siapa jadi bini aku nanti - laki rajin ke dapur buat makanan sendiri..at least, nanti takdelah "Sayang, tolong buatkan abang dinner..laparlah". Aku ni bukanlah suka sangat nak mengarah-arah orang..
Nak dikatakan time aku memasak, ada seorang perempuan mesej aku kat FB. Sumpah aku pelik dengan statement dia..aku tak fahamlah, kalau yea pun dulu kau tolak aku, kenapa sampai sekarang kau tak habis-habis nak buat kacau dalam hidup aku. Selama ni aku ada pernah kacau hidup kau ke lepas kau tolak aku? aku ada mesej kau ke? aku ada buruk-burukkan kau ke? aku ada penuhkan wall kau ke? Tapi aku cool lagi reply - lepastu dia lawan balik, kali ni dia mungkin dah terbaca status FB aku kot (gambar dibawah ni)
Then, aku jawab lagi dengan tenang - sumpah, at first nak gelak - tapi kesian pulak sebab aku pernah suka dia ni dulu, tak sampai hati wei.
Tengah sedap makan "tv dinner" sambil tengok History Channel plus online FB, dia akhirnya minta maaf dan aku pun terimalah dengan hati yang terbuka then aku sempat lagi remind - "jangan buat lagi tau, awak ingat saya suka nak marah awak"
Begitulah kisah 26th Julai 2011 aku yang masih menunjukkan ego lelaki aku yang tak pernah nak berubah. Baik dengan family sendiri dan juga perempuan yang pernah aku cintai. Kakak aku pernah berkata kat aku..
"Aku memang respek perempuan yang berjaya tawan hati kau - err, I mean, bakal isteri or girlfriend kau.."
"Kenapa"
"Sebab,perempuan itu milik kau dan itu bermaksud perempuan itu berjaya jatuhkan ego kau tu..perempuan itu berjaya bertahan daripada kegilaan kau tu.."
*sigh*
No comments:
Post a Comment