Tadi, lepas selesai menunaikan solat jumaat di As-Syakirin, aku pulanglah ke office seperti biasa. Tiba-tiba, ternampak seorang yang macam kenal - akupun mendekatinya, betullah, Yazid Jamil rupanya. Tak lama pun kami bersembang, sebab kawan-kawan dia ada, malas pulak aku nak menyibuk.
Setibanya aku di office, macam biasa aku buka gmail, nak check e-mel and tengok kalau ada notification baru pasal UiTM. Yalah, semalam student portal UiTM macam jahanam perangainya. Dah la sistem kemasukan buat aku bengang, sistem nak check keputusan permohonan kemasukan ijazah pun macam hawau. So, ternampaklah satu link from seorang kenalan di Facebook yang mengatakan sistem telah kembali pulih, aku klik link itu : seperti biasa, nombor kad pengenalan diperlukan - kalau aku tahu siapa-siapa yang dah check aku punya keputusan - aku tak kan maafkan korang, sebab ada kes kawan UiTM hari tu check result MUET aku.
Aku memang redha habislah pasal course yang bakal aku ambil nanti - harapannya agar dapat tempat yang samalah juga. Sebab, ada kawan-kawanku yang dapat dekat UiTM Merbok, UiTM Arau dan macam-macam lagi. Bagi aku, jangan jauh sudah - tak best. Jauh dengan family.
Inilah keputusannya. (AM 228) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Pentadbiran. Dimana kampusnya, alhamdulillah dapat juga ditempat yang sama - UiTM Shah Alam. Student ID pun dah bertukar..YIPEE!!. Tapi, tak tahulah kenapa, hatiku rasa berat sangat nak klik "Semak dan Pengesahan Syarat Tawaran" yang kat bawah tu. Sampailah sangat aku menulis blog ini, aku still takde idea. Tengoklah, malam nanti. Bukan apa..ermm, dah lah tu, karang emo pulak.
p/s: Fakulti jauh jugak dengan Kolej, kena bawak kenderaan ni..ngeex
In conclusion, takde konklusi pun post petang ni..Sekian.
Facultas iuris memoriae
ala farid. korng semua kat shah alm. takpe la. sedihnya :(
ReplyDelete