huh..penat ni uolls, baru jerr sampai rumah selepas membeli-belah barang-barang untuk masuk uitm nanti, actually, barang aku tak banyak pun nak beli - yang buat banyak memakan masa dan tenaga aku ni ialah barang-barang kakak aku. almaklumlah kedua-dua anak encik gani and puan sulina ni boleh dikatakan serentak meninggalkan rumah yakni memasuki universiti - lepas ni tinggal berdua je la - buat la apa yang mak n ayah nak..ha3x (gelak evil). aku dijadualkan daftar pada 11 september 2011 di uitm shah alam manakala kakak aku pula pada 6 september 2011 di uitm kampus bandar raya melaka. pergh, dua-dua orang uitm - memang "Universiti Ini Tolong Melayu" betul..ha3x, by the way - tengs yerp uitm, bagi kami peluang sambung ijazah..hu3x
kitorang bertolak lepas zohor tadi - destinasi pertama TESCO Rawang, aku nak cari beberapa helai baju kemeja, seluar slack and "spender" kat sini(gelak malu) - barang keperluan seperti baldi, travel bag, and yang lain-lain just reuse yang dulu punya..sob3x
before shopping, kami singgah makan di SANTAI..kumpul energi walaupun dah breakfast tadi..makan je tau, nanti gemuk macam dulu nak?? - ni pun dah nampak tembam sikit, tapi tak seperti dulu kan, farid..korang akan terkejut bila tengok rupa dan body aku yang dulu..serious shit!!
mencari baju berkonsepkan modern and fit, and yang jenis cotton - tak nak la pakai baju kemeja yang besar macam pirate..tak nampak muda lah. perhatikan muka pelik aku (jangan kesah pasal itu) dan outfit aku kali ni, kembali menyarung baju berkonsepkan keremajaan, dah 3 bulan aku pergi kerja pakai baju macam orang tua tauu..mencik gila - but, itulah etika berkerja.
sudaa jumpa sehelai - menepati ciri-ciri, modern, fit and bersaiz "s"..
cik darina, kalau tahun lepas dia tengok je aku beli barang keperluan- sekarang ni aku macam orang gila kena tolak troli tu untuk barang-barang dia yang banyak tu - biasalah, nama pun perempuan..mesti barang berganda-ganda daripada lelaki. for example, waktu first semester at uitm aku bawa 2 bags, and guess what one of my classmate (perempuan) bawak 5 bags..
ehem..ehem, dah tak sabar ke mr.mcbride..
tengah dok menunggu kakak aku tu shopping sakan, mata aku tertarik kearah budak kecik ni..mungkin sebab sweater yang dia pakai tu - lama aku perhati dia ni..dalam hati nak tau jugak, comel ke tak budak ni..? then, akhirnya aku dapat tatap muka budak kecik ni..
ya allah, comelnya adik ni - rasa macam nak cubit je pipi adik ni. by the way, cantiklah sweater - kat mana beli??
malam tu, buat kali pertamanya aku masuk ke TESCO Bukit Beruntung..kali ni nak beli sikit lagi baju kakak aku ni - macam yang dia kata, baju pakai dalam bilik..aku dulu beli baju just nak pergi fakulti and jalan-jalan je, takde pulak beli baju bilik.
oleh sebab kau dah tolong snap picture and memori untuk aku hari ni, meyh aku pulak amik gambar kau..smile!!
balik jom - aku dah penat ni..
berapa habis kali ni, farid?? entah, but yang pasti kali ni aku pakai duit sendiri beli barang-barang aku.
No comments:
Post a Comment