Kisahnya bermula sekitar abad ke 19, British Royal Navy cuba mematahkan kepercayaan karut itu yang dipercayai oleh kebanyakkan tentera-tentera laut mereka. Mereka percaya jika kapten kapal memilih untuk berlayar pada hari Jumaat - kapal itu akan ditimpa nasib malang. Untuk mematahkan kesahihan benda ini, British Admiralty telah memutuskan agar sebuah kapal perang yang baru dibina dan dinamakan HMS (His/Her Royal Majesty Ship) Friday. Rangka kapal itu dibina bermula dengan hari Jumaat, pemilihan krew kapal juga dilakukan pada hari Jumaat, kapal ini dilancarkan pada hari Jumaat dan kapal HMS Friday ini memulakan pelayaran sulungnya juga pada hari Jumaat dibawah pengawasan Kapten James Friday.
And guess what, kapal HMS Friday tak pernah lagi dilihat dan didengar selepas berlayar meninggalkan pelabuhan.
Cerita ini sering dianggap sebagai fakta tapi sebenarnya, Royal Navy tidak pernah mempunyai data tentang kapal yang diberi nama HMS Friday.
p/s: Hari tu main Empire Total War, aku bagi nama HMS Friday kat kapal Ship Of The Line aku, waktu first battle lawan French Navy, dia tenggelam..ha3x

No comments:
Post a Comment