Friday, July 15, 2011

Kisah AKU n PDRM

Entry kali ini mungkin ada kaitannya dengan isu-isu yang berlaku ketika BERSIH illegal rally tempoh hari - negara dikejutkan dengan kematian seorang protestor BERSIH iaitu Baharuddin Ahmad dan banyak pihak menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Kerajaan Malaysia dan yang paling hangat, Polis DiRaja Malaysia. Ada juga aku mendengar kutukan dari rakan-rakan ku tentang PDRM ni contohnya menukarkan Polis DiRaja Malaysia kepada Polis Raja Di Malaysia..So, ini jelas niat mereka untuk memperkecil-kecilkan unit yang bertanggungjawab membantu menjaga keamanan negara.

Secara umumnya, PDRM adalah sebahagian daripada security forces dalam Malaysia ini as well as Tentera DiRaja Malaysia, RELA, dan Rejimen Askar Wataniah. Kenapa aku agak terkilan dengan manusia-manusia yang hanya tahu menghentam dan tak berfikir panjang ni. Banyak reasonnya, first - didalam keluarga besarku, ada 2 orang yang berkhidmat didalam PDRM, malah arwah datukku juga pernah berkhidmat didalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ketika zaman darurat dahulu..aku pula memasang cita-cita untuk berkhidmat didalam Rejimen Askar Wataniah - PALAPES di UiTM nanti. Second, tindakan melulu rakyat Malaysia yang hanya tahu menghentam kerajaan Malaysia disebabkan polis yang bertanggungjawab mengawal perhimpunan HARAM itu sangatlah menyedihkan. Third, tahukah anda yang PDRM telah banyak menaburkan bakti dalam menjaga keselamatan negara.

Mungkin ada diantara pembaca-pembaca yang tidak senang dengan statements aku diatas. Ya, aku mengaku ada anggota polis yang kelihatan annoying - tipulah kalau aku cakap semuanya baik hati, sebab aku pun pernah juga kena dengan anggota polis yang poyo - tapi, aku sangat menghargai dan respect mereka ini, sebab aku tahu, bukan senang nak jadi anggota polis. Setiap manusia akan dan pernah melakukan kesilapan. Daripada kita asyik menghentam mereka ini secara melulu, mari kita fikirkan sejarah dan jasa mereka kepada negara. Izinkan aku bertanya kepada korang? Berapa ramai anggota polis yang telah terbunuh sepanjang penubuhan mereka - ancaman komunis? Berapa ramai anggota polis trafik yang tebunuh disebabkan pemandu-pemandu kereta yang cuai, tak tahu apa maksud merah, tak tau undang-undang jalan raya? Berapa ramai juga yang terkorban disebabkan ada rompakan atau lain-lain jenayah? Yang kamu semua tahu ialah mempersalahkan anggota polis yang hanya mengikut prosedur keselamatan ketika berlakunya insiden seperti 9 Julai itu. Yang kamu tahu ialah memperlekehkan kemampuan anggota PDRM? Itu sahajakah, ataupun masih ada lagi.

Pihak polis telah mencipta banyak kejayaan dan melalui beberapa sejarah hitam sejak penubuhannya. Sekarang ini aku mahu bertanya lagi, masihkah anda ingat dengan peristiwa berdarah di Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, seramai 14 orang polis terbunuh bersama dengan 8 anggota polis bantuan didalam usaha menyekat serangan Komunis. Komunis menyangka bahawa anggota polis akan ditewaskan dengan mudah akan tetapi anggota polis mempertahankan kompleks itu selama 4-5 jam..inilah semangat yang perlu kita sebagai rakyat Malaysia sematkan didalam hati - jangan dibiarkan walau seinci tanah kita jatuh ketangan musuh.

Seterusnya, 4 anggota polis (Federal Reserve Unit) terbunuh ketika Insiden Memali yang berlaku di Baling pada November 1985. Ini contoh paling teruk yang melibatkan dua parti politik negara - UMNO dan PAS. Hadi Awang declared yang UMNO tidak menerapkan Hukum Hudud, siapa yang mati untuk menegakkan ini akan digelar Syahid. Dengan declaration itu, ia telah mencetuskan satu konflik dikalangan orang Melayu dimana komuniti Melayu terpisah, UMNO menunaikan solat disurau lain dan PAS pun begitu juga. Penduduk kampung itu yang menyokong ketua mereka, Ibrahim Libya bertindak dengan membaling molotov, batu, dan juga menghunuskan parang - seramai 14 orang awam dipercayai pengikut Ibrahim terbunuh. Inilah akibatnya jika kita orang Melayu berpecah - moral yang boleh kita ambil ialah sentiasa bersatu, bukannya berpecah atas dasar idealogi yang berbeza.

Seorang anggota polis dari Special Branch dibunuh dalam satu insiden terrorism yang mengemparkan negara iaitu Al-Maunah pada 5 Julai 2000. Sebelum bermulanya Operasi Subuh, Detektif Korporal Sanghadevan telah dijadikan tahanan oleh grup militan Al Maunah yang telah merampas beberapa senjata daripada Rejimen Askar Wataniah. Difahamkan ketua mereka, Mohd Amin Mohd Razali mahu menggulingkan kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Datuk Seri Mahathir Mohamad ketika itu. Akhirnya, beberapa militant Al-Maunah menyerah diri dan ketua mereka dibicarakan atas tuduhan "mengisytiharkan perang terhadap YDPA". Moral yang dapat kita ambil daripada peristiwa ini pula, jangan pernah cuba untuk menggunakan kekerasan dalam usaha menggulingkan kerajaan.

Sebagai penutup entri hari ini, aku mahu bagi satu link senarai anggota polis yang terbunuh didalam tugas, kalau korang benci polis, janganlah tengok okayh..

http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Royal_Malaysian_police_officers_killed_in_the_line_of_duty

1 comment: