Friday, September 27, 2013

Kisah AKU n Makan-Makan at Pizza Hut

Assalamualaikum semua,malam tadi aku baru je lepas join gathering Team Modul III & IV yang baru je dijalankan minggu lepas. Tak sangka sebenarnya kami ni boleh jadi rapat dengan conduct sekali modul je. Even kitorang yang dulu pun take time untuk create bond yang macam ni. Ok lah, since aku pun nak cepat ni, sebab nak work on proposal untuk SAF 2013 dimana aku dilantik menjadi Timbalan Pengarah Projek untuk membantu EXCO Sukan SMF FSPPP, Oked.
Pada malam ni, 8 out of 9 diantara kami yang dapat hadir kecuali Nad, sebab dia tak sihat. Aku dah perasan dah tadi sebenarnya. So, nak kenalkan lagi - yang belah kiri tu Aqmil, Presiden STC dan juga seorang Tunas SMF, yang kanan tu pulak Farhan, our Tunas SMF.
Macam biasalah, tak payah nak perkenalkan lagi, diantara muka yang regular dalam blog aku ni - Pok Jad dan aku. Both of us dijangka bakal menamatkan perkhidmatan bersama SMF pada bulan 11 ni.
Pihak wanita pulak, huu..dah macam rombongan meminang pulak..:-p Okay, ada 4 orang jugak - iaitu Ida, Murni, Fatihah dan Miki.
Oh terlupa pulak, gathering kami malam tadi bertempat di Pizza Hut Seksyen 7, nak nampak grand sikit katanya..:-)
Diorang ni sejak modul hari tu, yang tau main game critical thinking tu je..before makan main, lepas makan pun main jugak..lol
Ada la sembang-sembang pasal dialek negeri, pengalaman kat kampus lama before masuk Shah Alam. Yang uniknya team ni, ianya terdiri daripada pelbagai background - kalau yang team modul aku dulu semuanya dari asasi, but yang ni - ada yang from diploma dan juga asasi. Kampus pun lain-lain..So, banyak jugak lah ceritanya tadi.
Tengok gambar-gambar ni rasa tak sangka pulak boleh buat macam apa yang Abang Suhairy buat kat kitorang dulu. Ye lah, dulu dia sorang je senior yang cukup komited untuk train and jaga kitorang berlapan. Hidup ni macam roda, sekarang ni giliran kami pulak yang train and jaga bakal pelapis SMF ni. Kalau nak tengok zaman aku jadi apprentice dulu, boleh lah klik link ni.
Menunggu cashier. Sekali tengok dah macam group suami tengah tunggu bini tengah labor..haha
Bersembang lagi sebab lama pulak nak tunggu cashier tu..:-)
Tak gentleman kan kitorang ni, ada ke suruh perempuan yang bayar..huu

Jadi, itu lah cerita malam ni. Okay lah, aku pun nak start buat proposal ni. Take care semua. :-)

No comments:

Post a Comment