Thursday, September 12, 2013

Kisah AKU n Majlis Ramah Mesra Raya UiTM 2013

Assalamualaikum semua, hari ni telah berlangsungnya satu program wajib didalam kalendar UiTM iaitu sambutan hari raya peringkat universiti. Didalam event ni, 25 fakulti di UiTM Shah Alam, bersama dengan unit-unit sokongan UiTM seperti NR, Polis Bantuan, Pusat Koku, HEP dan lain-lain serta kolej-kolej penginapan membuka booth dimana student-student dapat berkongsi makanan, dan mengeratkan silaturrahim diantara kami, siswa dan siswi UiTM Shah Alam
Aku sampai dalam pukul 9 pagi dengan Joe tadi. Tolong beli air mineral sekotak and kemas apa yang patut. Lepas dah clear, kami pun memulakan pencarian mengisi perut dalam usaha save budget makan untuk breakfast dan lunch..haha
Event ni macam biasalah, dijalankan di Padang Perindu or ada yang cakap Padang DATC. Nampak tak DATC kat depan tu..huu
Wajah-wajah ceria siswa-siswi UiTM. Mana taknya, makan free. Siapa tak happy. tapi tu la aku perasan, student-student UiTM ni kalau ada event makan free, memang penuh lah jumlah attendance program tu. Modul pulak yang lengang walaupun wajib..haha
Jalan-jalan terjumpa Apai dengan Nik. Haa, lupa nak gitau ni, hadap jelah gambar kat blog aku yang kurang kualiti ni. Sebagai blogger, aku cuba untuk try update walaupun dalam keadaan macam ni. Sebarang kesusahan amatlah dikesali. TQ
Berbaju ungu melambangkan warna rasmi UiTM. :-)
Persembahan pembukaan oleh Anomalist MASSCOMM UiTM Shah Alam. Tapi, atas masalah teknikal, kena stop pulak..lol
Ruang makan VIP yang terdiri daripada VC, Lembaga Pengarah Tertinggi UiTM, Dekan Fakulti, Timbalan Dekan, MPP dan pegawai-pegawai,
Yang bestnya program camni , dapat lah bercampur and berkenal-kenalan dengan siswa dan siswi dari fakulti-fakulti yang berlainan. Macam-macam ragam tadi yang kami perhatikan, siswi dengan kebaya, peplum,baju kurung etc. Yang siswa pulak segak berbaju melayu full set, separuh.. Kat UiTM ni, kami bagaikan sebuah keluarga besar, belum campur kat kampus cawangan lagi.
Diorang ni second round dah..haha, aku haus air je hari ni. Cuaca agak panas jugak compare dengan yang tahun lepas punya sambutan.
Riang raya di UiTM Shah Alam..haha, plastik sangat..:-p

So, itu lah entri aku petang ni. Till then, take care uolls.

No comments:

Post a Comment