Tuesday, September 10, 2013

Kisah AKU n Majlis Perjumpaan Dekan Bersama Pelajar FSPPP 2013

Assalamualaikum semua, perghh..dua hari ni busy betul lah. Tidur pun tak cukup, biasalah tu rutin sebagai seorang SMF. Tapi, rasanya dah boleh start packing kot barang-barang aku kat bilik gerakan tu since PRK pun dengar-dengar akan berlangsung dalam bulan ni jugak, probably akhir bulan September. Huu, tak sabar nye nak resign..!! Ni ialah Dean's Meeting ketiga yang aku uruskan sepanjang bergelar SMF.
Erm okaylah, hari ni telah berlangsungnya Majlis Perjumpaan Dekan Bersama Pelajar FSPPP, berlangsung di DATC bermula pada pukul 8.30 pagi untuk student, but sebagai urusetia, 7.30 aku dah sampai kat bus stop Fac Dentist tu.. Untuk program kelolaan SMF ni, aku memegang jawatan sebagai Biro Pengangkutan - bertanggungjawab memastikan student-student selamat tiba dan balik.
Semalam, tidur pukul 11 menyiapkan video korporat dan aktiviti SMF. Pada perspektif aku, untuk program ni aku hold dua biro - Pengangkutan & Multimedia..haha, yelah..dah aku yang buat. Self-declare ni, poyo betul kau ni Farid..:-p
Student-student mendaftar. Aku tengok student baru ni macam cemas je muka. Rilek lah dik, nak takut apa kat UiTM ni, senior-senior baik sangat..:-) 

Aku: "Ni nak ke mana ni?" (Aku bersuara sebab tengok group perempuan ni menonong je nak masuk bas Etika, untuk program ni ada provide bas khas yang mana aku ada kat depan bas-bas tu)
Jr: "DATC, FSPPP (dua benda ni je yang diorang cakap..haha)
Aku: "Sini haa bas, korang ni main pakai masuk je bas mana-mana.."
Jr: "Kitorang keliru la bang, bas kat UiTM ni banyak sangat.." (muka cemas tu ada lagi lah..)
Aku: "Erm, dah-dah..masuk sini, OK Encik, dah boleh jalan..

Tu la, kisah bas terakhir yang meninggalkan Fac Dentist sekitar pukul 8.15 pagi tadi.

Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi, kelam kabut kat Biro Multimedia belakang tu. First time dalam hidup aku experienced laptop yang freezing kat event besar macam ni. Memang aku maki je mana-mana biro bertanggungjawab tadi. Ada ke aku yang biro lain ni kena jaga sana pulak. :-(
Lepas tu, keluar dewan. Assist Biro Makanan yang kat atas ni. Macam-macam betul la hari ni, suppose to be a perfect event untuk kami-kami yang dah nak resign ni, tapi lain pulak jadinya.
Bla, bla, bla...Dekan berucap, ada QA session, taklimat Unit Kebajikan. Tipikal Dean's Meeting tentative lah.
Student lama balik pukul 12, while student baru iaitu terdiri daripada Part 1 dan Part 3 diminta tunggu untuk program seterusnya - PPW. Amik kau, fakulti terus buat dalam sehari je. Biasanya, hari minggu.
Makan berat sikit untuk adik-adik baru FSPPP ni, since PPW pun dijangka tamat pukul 5 petang.
Tak tau apa diorang ni diskus. Tapi, apa-apa program yang korang rancang. I wish you the best of luck kayh..:-)
PPW pula ada Taklimat PTAR, Primasiswa (NR), Sesi Suai Kenal Pelajar Bersama SMF, BACAS dan CASS dan juga pesembahan yang mantap dan bergaya daripada SiMECTRA. Around 5 o'clock, aku pun mengiring student-student perempuan yang menggunakan bas untuk pengangkutan pulang ke Kolej Melati. Tapi, setakat pintu bas je lah...haha
Oleh sebab kamera S3 Mini aku ni ada technical defect yang aku dah confirmkan dengan dealer tu semalam. Dia bagi chance untuk swap model lain..huu, tapi paling lewat minggu depan. Acane ni, bila nak balik Rawang lagi..huk. Nah, tengok lah pic kat atas ni, quality macam hampas, C3 lagi mantap.

Ok lah tu, apa-apapun selamat datang kepada pelajar-pelajar baru FSPPP dan selamat kembali ke fakulti kepada pelajar-pelajar lama. Erm, by the way - kami yang part 5 sekarang ni tak jadi pindah Seremban 3..huu, seronok sangat dengar.

2 comments:

  1. eh ada nampak abang lah tadi time dekat atas stage. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke, macam mana abang kat atas stage semalam..ok tak? huu

      Delete