Assalamualaikum kawan-kawan, petang tadi telah berakhir Modul IV untuk student Part 3 FSPPP. Modul yang dipenuhi aktiviti luar iaitu Explorace ni merupakan yang terakhir dilaksanakan oleh HEP FSPPP, mulai semester depan, tidak akan ada lagi aktiviti berunsur Explorace dalam modul. Sebab masih tak diketahui..:-)
Aku sampai agak lewat tadi, sekitar pukul 8.15 pagi. Terlajak tidur..haha. Tu la, tidur lambat lagi pergi main Mount & Blade tu..:-p
Macam biasa lah, kami ni memang takde kerja lain. Mesti ada game critical thinking punya. Macam tadi, main "Green Glass Door". Tapi hari ni aku tak join sangat sebab nak siapkan kerja PROMA yang tertangguh sejak hari Khamis lepas.
Sekitar lepas Zuhur, kami diberikan instruction oleh Ketua Fasi, Abang Fariz Asyraf. Aktiviti Explorace ni membuatkan aku kekurangan staff untuk Biro Makanan, since manpower diverted untuk jadi runner for fasilitator lain. Nasib baik ada Farhan and Cik Raziah tolong untuk kemaskan DK1, DK2 and DSG. Macam biasalah, masalah sampah memang sinonim sangat dengan modul ni.
Haa, tengok ni. Aku buat dengan Farhan je. Ni kerusi dari DK1 & DK2. Tak tau lah nak kata apa, student kadang-kadang takde pun rasa tanggungjawab nak hantar balik kerusi-kerusi yang diorang guna. Kebersihan pun sama, dah makan biar je getah kat atas meja. Sampai aku boleh buat lastik cicak tadi..
Sekitar pukul 5 petang, student-student dah pun berkumpul kat Dataran Gunasama untuk tujuan evaluation and penghargaan.
Sesi penyampaian hadiah kepada kumpulan-kumpulan. Sebenarnya, hamper semua sama je..haha
Pok Jad and Aqmil - Biro Teknikal untuk modul kali ni. Aqmil dalam STC dah pun terbukti seorang leader yang bagus.
Aku bersama Farhan yang assist aku untuk Biro Makanan. A very good potential replacement for SMF
Tak lupa jugak kepada urusetia lain yang menunjukkan dedikasi dan komitmen yang tinggi. Korang semua memang best and happening. Probably one of the best Modul Team yang aku pernah bekerja. Yang first, of course lah time aku zaman muda-muda dulu. haha
Pengagihan roti Gardenia dan air mineral untuk minum petang. Yang ni pun aku panas jugak, memang aku geram betul kat siapa-siapa yang dah kokak dulu makanan ni time Explorace. Kalau nak pun, mintak lah. Ni tau-tau dah dibalunnya dua kotak air mineral.
Esok dah set nak main bowls dengan Aqmil. Ni budak petanque, tapi rileks lah. Petanque, bocce, bowls tu kan satu family.
Bye-bye, terima kasih sebab datang Modul.
Muka happy sebab pasni dah tak payah susah-susah nak fikir untuk conduct modul lagi since dah buat awal-awal. Cuma kena join je Modul V Kenegaraan, rasa 6 Oktober kot..:-)
Okay, aku sucks kat ending..lol
No comments:
Post a Comment