Sunday, March 24, 2013

Kisah AKU n "Jom Bersukan Bersama Abang Fariz".

Assalamualaikum semua, terus je la update second entri untuk pagi ni, since mata pun tak ngantuk lagi. Ok, minggu lepas aku dapat invitation from fasilitator modul FSPPP - Abg Fariz Asyraf untuk join beliau bersama rakan-rakan SMF lain untuk mengadakan sebuah event yang diberi nama "Jom Bersukan Bersama Abang Fariz".
Siap wat page lagi tu..haa, kelas betul Abg Fariz ni. Event ni berlangsung semalam sekitar pukul 9 malam sehingga pukul 12 malam, termasuk minum malam..haa, dah macam pakej apa pulak aku ni. Dah la penat jadi urusetia Ekspo pun tak hilang, pastu main badminton pulak malam, memang pasni jalan kengkang la aku..haa
Abg Fariz and Apai in action. Asalnya kami ingat nak main kat Kompleks Sukan, tapi guna untuk setup dewan periksa for Diploma, aku check HEP, penuh pulak. Last-last kitorang main kat Giant. Tak ramai pun yang tau kat atas tu ada court badminton, tak silap aku ada 4-5 court badminton, plus 2-3 futsal green.
Captain Joe, dia ni atlet SAF 2012 and berjaya bawak Team Badminton FSPPP ke suku akhir. Power tak?
Haa, yang ni pulak atlet SAF 2012 jugak, tapi tak berjaya pun bawak Team Lawn Bowls FSPPP ke peringkat yang lebih tinggi. Ada excuse, ilmu bowls aku kosong lagi time tu. Tapi fight jugak ok..:-)
Apai and Pok Jad. Berikut senarai SMF yang join event malam semalam:
a) Lelaki - Amirul, Joe, Apai, Aiman, Pok Jad, Aku
b) Wanita - Faten, Tiqah, Oked, Gamo
*Kira Ok jugak lah, 7 orang je yang tak datang.
Haa, lamanya tak main badminton. Tak silap aku , last aku main badminton 23.12.2012 - waktu tu aku kalah semua game dengan Uncle Akram, adik and ayah aku...haa, sebabnya time tu aku dah jumpa sports baru..
* Malam semalam pun aku kalah semua..haa, loser gila. Takpelah, sekarang ni aku main badminton just untuk suka-suka je.
Game yang last before kami menamatkan event, diantara Aiman-Apai VS Joe-Pok Jad. Ni lah game yang paling bising aku pernah dengar..haa, lagi-lagi si Aiman tu..asyik gelak je
Yang baju kaler merah tu Faten, pemenang gangsa badminton kategori wanita waktu SAF 2012. Ramai yang power tau SMF ni..bukan setakat power dalam menguruskan fakulti, tapi sukan jugak..
Moment paling dramatik dalam game last ni - sampai-sampai dua-dua terjatuh nak save point punya pasal. Satu lagi tarikan game ni sebab Joe-Pok Jad mewakili BAS, Aiman-Apai pulak BCA. 
Pemenangnya, student BAS la dikepalai Cpt Joe..haa
Dalam pukul 11.10, kami pun pack up and decide untuk singgah minum dulu. Balik pun nak buat apa, boring je - baik lepak-lepak dulu sambil sembang-sembang pasal fakulti..ceyh, komited benor pun SMF-SMF ni..huk
Kat sini kitorang lepak dalam sejam jugak lah - sembang pasal game tadi and possible next event. Katanya minggu depan nak main futsal pulak - kat tempat yang sama. Ok jugak tu, dah lama tak main bola ni..:-)

No comments:

Post a Comment