Sunday, March 24, 2013

Kisah AKU n Ekspo Selangkah Ke UiTM Day 2

Assalamualaikum semua, sihat tak? Kalau tak sihat pergi klinik amik ubat. Ok lah, let's go straight to the point. Hari ni merupakan hari kedua untuk Ekspo Selangkah Ke UiTM, sebuah karnival yang mendedahkan pelajar-pelajar dan bakal mahasiswa tentang kos-kos yang ditawarkan UiTM. Sepatutnya aku tak jaga untuk hari kedua ni sebab kata Apai, Ferzae datang. Tapi, taktau lah kenapa rasa nak sangat join booth FSPPP ni - maybe atas rasa ingin meluaskan pengalaman serta skil komunikasi, sebagai urusetia pelajar - aku ditugaskan untuk memberi penerangan tentang kursus yang ditawarkan FSPPP - mainly, Diploma in Public Administration 
Pagi tadi aku sampai dalam pukul 9 - suasana pada mulanya agak lengang sikit tapi dalam pukul 11 jumlah pengungjung meledak..pic kat atas - Pok Jad with his SMF attire
Apai, tersenyum simpul - maybe sebab semalam dapat hadiah baju daripada yang tersayang..huu, untunglah gf bagi baju..:-p
Lalu je ke? mai la singgah booth kami, ada cekelat untuk budak-budak..haa
ada pakcik tu kata tadi "dah berapa lama mengajar kat sini encik.?" haa, saya student la pakcik, baru Part 4..:-)
Joe memberikan penerangan tentang DPA kepada pelajar-pelajar lepasan SPM.
Saya sepet, got problem with that? haa, yang kat sebelah tu Aiman - budak Seri Iskandar, Perak.
Ferzae menunggu client..
Sekitar pukul 12, booth kami menjadi sesak dengan kehadiran lebih ramai pelajar yang berminat dengan kursus FSPPP yang versatil ni..
Dalam pukul 3, aku pun bergerak pulang sebab parents aku dah sampai pun kat Shah Alam. Lagipun aku dah inform siap-siap kat urusetia lain. Itulah pengalaman aku yang pertama dalam Ekspo Selangkah Ke UiTM, sangat bermakna kerana ianya dapat meningkatkan skil komunikasi, disamping menambah keberanian dalam berurusan dengan orang luar. Plus, hubungan SMF bersama HEA FSPPP juga bertambah sebab before this SMF ni sinonim dengan HEP je..huu
Dah settle dengan kerja, it's time untuk meluangkan masa dengan ibu bapa pulak..seperti yang aku jangka ayah ajak makan luar, then kami beli sikit stok aku - pada masa sama aku pun bercerita lah pasal pengalaman aku dalam Ekspo tu, sembang lah pasal ragam dan gelagat manusia yang aku jumpa time tu

Dalam pukul 5.30, mak ayah pun bertolak ke Rawang, huu..letihnya aku dua hari ni. Harap-harap dapatlah tidur awal sikit malam ni.

2 comments:

  1. Assalamualaikum. Saya pelajar lepasan asasi undang undang uitm pi005.Alhamdulillah pointer lepas cuma muet terkandas. Dengan sebab itu, izinkan saya bertanya tentang sukatan pembelajaran course Administrative science ini dan job opportunitynya ? Adakah course ini hanya dalam melatih pelajar menjadi pegawai atau sekretariat sahaja ? Dan
    adakah course ini dikira bidang professional ? Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://diarimcbride.blogspot.com/2011/07/what-is-bachelor-of-adminstrative.html

      Boleh rujuk ke entri ini - dan komen-komen dibawahnya. Jika ada masalah yang takde dalam komen, bolehlah emel saya.

      Delete