Sunday, March 10, 2013

Kisah AKU n SMF's Overnight

Assalamualaikum semua, sihat ke semua? Diharap semua berada didalam keadaan sihat-sihat belaka. Entri hari ni simple je, SMF kali ni banyak jugak habiskan masa awal-awal sem, huu..risau busy teruk nanti tak sempat nak hang out sama-sama. Asalnya, kami nak melawat mak Faten yang tak sihat but unluckily tak dapat atas sebab tertentu. So, kami pun memilih untuk meneruskan aktiviti kedua - iaitu sesi photoshoot untuk video korporat.
Dalam pukul 10, kitorang singgah makan di Subang. Sedap jugak makanan kat sini, pedas pun ada.
Hari ni tak lepak dengan budak-budak lelaki. This time lepak dengan geng-geng perempuan, bukan apa kerusi tak cukup, tu pun aku rembat kerusi meja yang kosong. Mana taknya, ada 14 orang kot. :-p
Faizah bersama  Nad, sekali-sekala lepak diorang..bukannya selalu, kalau adapun time modul je..
Kepedasan yang melampau semuanya sebab Nasi Goreng Meletop ni..haa, buat pulak budak berempat dok hulur rancangan makanan tambahan kat aku..huu
Sha dan Seha bersama MPP, Syam.
Lepas makan, kami semua bertolak ke Kuala Lumpur. Nak cari tempat untuk shooting.
Kat Parking KLCC. Semua masih dalam keadaan yang ceria walaupun mengantuk.
Unfortunately, kami tak dapat nak bershooting kat sini sebab pencahayaan yang tak begitu baik.
So, kami pun bergerak ke Bukit Bintang. Dekat area Pavilion katanya, huu
"Keadaan disini agak terkawal" Sekian laporan saya di Paviliion, kembali ke Sri Pentas...haa
Semuanya tengah dok fikir nak shooting camna..aku tak tau lah apa yang driver-driver dalam kereta tu kata pasal kitorang semalam..:-)
Masih mampu bersenyum..walaupun mata dah kuyu gila.
Diorang ni still bersemangat lagi ..hehe
Habis je shooting, aku ingatkan nak balik Shah Alam, rupa-rupanya semua diverted ke Putrajaya. Melepak jap kat jambatan...tu je, huu. 
Time nak balik ni la yang paling mantap, dah semua race nak gila kat MEX yang kosong tu. Mula-mula race bertiga je, tapi memang makan asaplah bila fight dengan Hisyam tu. Ingatkan dah stop, si Hisyam tu sempat lagi race dengan konvoi Kancil..mentang-mentanglah dia pun pakai Kancil jugak..:-p

So, itu jelah ceritanya. Aku sampai rumah dalam pukul 5.15 pagi jugak tadi. Bangun dalam pukul 10.40 camtu then bergerak ke FSPPP, assist Team Modul 1..

No comments:

Post a Comment