Assalamualaikum semua, petang tadi as student-student FSPPP dah pun attend. Ada event perjumpaan bersama Dekan FSPPP, sebuah event wajib dalam kalendar fakulti dan menjadi tradisi untuk SMF untuk menguruskannya, since kami ialah sebuah persatuan yang bertanggungjawab dalam membantu fakulti didalam urusan melibatkan fakulti.
Dalam program ni aku memegang jawatan Timbalan Pengarah Program..huu, baru nak merasa jadi MT sekejap, asyik jadi Biro je..haa. Itu pun Faizah yang letak sebab dalam program ni aku yang bertanggungjawab dalam slot Taklimat NR. Senang sikit nak berurusan dengan diorang since tu dalam bidang kuasa aku.
Aku sampai DATC pukul 11 pagi tadi lepas amik sikit barang-barang kat fakulti. Kat sana, aku monitor persiapan terakhir sebelum program bermula. Dalam pukul 1 aku bergegas balik rumah sebab minus one tak boleh play dalam lappy, so aku pun convert format minus one tu, jadi Biro Multimedia pulak..:-p
Dalam pukul 2.30, majlis dimulakan dengan amanat daripada Dekan, Prof Zaliha Bt. Hj Hussin serta disambung dengan sesi soal jawab diantara student dengan pentadbiran fakulti.
Aku pun tak tau sangat nak buat apa hari ni, habis-habis pun sembang-sembang dengan pegawai NR, pastu pusing-pusing tengok pos makanan pulak. Makanan hari ni, roti hotdog, epal and air kotak. Yelah, ni kan standard rate untuk minum petang.
Tekun membuat kerja. By the way, didalam gambar dari kiri, Hafiz dan Aiman. Aku selalu konfius diorang ni..huu
Dah lepak luar, masuk dalam balik nak duduk dalam air cond..haa, tapi memang kena berdiri la sepanjang masa.
Selesai je amanat Dekan and QA, then ada penyampaian hadiah untuk IID. Pastu tayangan video kelab dan persatuan dalaman fakulti dimulakan dengan BACAS, diikuti CASS, SiMECTRA dan diakhiri dengan SMF. The most powerful organizations dalam fakulti ni, haa..bajet..:-p
Ni pulak si Wan and Faiz. Datang pulak diorang ni, huu..terkejut aku.
Deq Joe register NR..haa, oh terlupa pulak pasal slot aku - Taklimat NR. Aku geram betul bila orang komplain kat aku pasal slot ni, baik SMF plus student biasa . Komplain kat aku, "Lama lagi ke?" , "Buat apa bawak diorang ni, buat rugi masa je" , "Tak penting lah.." , "Boring lah". Bila aku tak bawak, kata aku tak buat kerja, tak ambil berat pasal student NR, kata aku goyang kaki..bila dah bawak dok komplain pulak. Aku mintak sejam je dalam satu semester, takde pun nak mintak 2-3 hari korang. Apa-apapun, aku rasa lega sangat sebab dah tunaikan tanggungjawab aku untuk NR FSPPP, biarlah takde event besar-besar yang aku conduct asalkan aku tak pernah lari dari jalan dan tanggungjawab aku untuk menjaga NR FSPPP because in NR, We Love, We Care..
Selepas program..muka pun dah lesu tu. Lenguh kaki tau tadi dok berdiri je. Kalau sem lepas pulak lenguh duduk je..huu
Eh ada lagi, glamour si Joe ni waktu video korporat kitorang tadi..haa, bajet rambut banyak pulak..rambut pun cam rumput padang bowls..haa, gurau-gurau.
Jelingan manja Apai..model air kotak Soya..:-p
Ni EXCO Sukan, Oked nama nya. Kalau ada siapa-siapa nak masuk Rudern Club, or nama senangnya Indoor Rowing. Silalah contact nombor dia ni (0177273384). Apa yang korang bakal dapat - chance besar untuk jadi Atlet UiTM, Negeri dan juga Malaysia sebab sukan ni tak ramai atlet kat sini. Lagi, kemudahan kolej sepanjang semester, latihan juga disediakan. Btw, Oked ni pemegang pingat Emas indoor rowing SAF 2012..power tak budak ni, haa
Time nak balik, dalam pukul 6.30 petang. Banyak jugak makanan lebih tadi, tapi aku tak amik pulak. Air kotak pun amik 3 kotak je, hehe..nak perli mereka sebenarnya. Kami yang berkerja, korang pulak kenduri. So, faham-faham je la. Bye semua!!
Patut lah macam familiar...hehe ^^
ReplyDeleteanda fasi kumpulan kita time PPW dak baru hari tu...
yke..sy bru je prasan ps tgk blog awk td..btw, slmat bljar ye..:-)
Deletebaiklah... terima kasih senior ^_^
ReplyDeleteNo prblem..klau ada apa2 problem tnya je la ye
Delete